Peguam mengaku tidak bersalah atas pertuduhan pecah amanah lebih RM1.28 juta

TERTUDUH Kingsley Wambeck mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan melakukan pecah amanah wang jualan rumah dan pembelian tanah selepas dihadapkan ke Mahkamah.

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)



MELAKA: Seorang peguam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini, hari ini atas dua pertuduhan melakukan pecah amanah wang jualan rumah dan pembelian tanah bernilai lebih RM1.28 juta, lima tahun lalu.

Tertuduh, Kingsley Wambeck, 40, membuat pengakuan itu sebaik sahaja pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Maziah Joary Mohd. Tajudin.

Mengikut pertuduhan, tertuduh sebagai peguam di Firma Guaman Tetuan Kingsley & Co didakwa dengan curangnya telah melakukan pecah amanah wang pembelian tanah di mukim Paya Rumput berjumlah RM945,950 yang dibayar melalui akaun milik firma bagi kegunaan peribadi.

Tindakan itu dilakukan tertuduh di firma guaman di Taman Kerjasama, Bukit Beruang, dalam daerah Melaka Tengah antara 1 Julai 2016 sehingga 31 Julai 2016.

Dalam pertuduhan kedua, tertuduh didakwa telah melakukan pecah amanah wang jualan rumah milik seorang individu bernilai RM340,000 di firma guamannya di cawangan Taman Muzaffar Height antara 13 Julai 2020 sehingga 8 Oktober 2020.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang dua tahun dan tidak lebih 20 tahun dan dengan sebatan dan boleh dikenakan denda mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan, bagi setiap pertuduhan.

Terdahulu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Anis Wahida Mohamad mencadangkan jaminan sebanyak RM50,000 bagi setiap pertuduhan manakala tertuduh diwakili Peguam Goh Chin Han.


Picture
Kingsley Wambeck didakwa di Mahkamah atas pertuduhan melakukan pecah amanah membabitkan nilai hampir RM1.3 juta.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM30,000 bagi pertuduhan pertama dan RM20,000 bagi pertuduhan kedua.

Beliau turut menetapkan tarikh 20 September depan sebagai sebutan semula kes.

Terdahulu, media pada 8 Disember tahun lalu melaporkan, polis memburu seorang peguam berusia 39 tahun yang terlibat dalam lima kes penipuan dan pecah amanah membabitkan urusan jual beli hartanah bernilai kira-kira RM500,650.

Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Majid Mohd. Ali berkata, peguam yang dikenali sebagai Kingsley Wambeck didakwa telah menipu lima individu bagi menguruskan proses penjualan serta pembelian hartanah.

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.