Pasangan berkahwin ditangkap, dadah bernilai lebih dari RM2juta dirampas

Suami isteri simpan dadah RM2 juta dalam rumah




PASIR MAS: Polis menahan pasangan suami isteri dipercayai memiliki dadah jenis Heroin Base dan pil kuda bernilai RM2.09 juta dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Sungai Tendong, di sini Ahad lalu.

Ketika serbuan pada pukul 1.20 petang, sejumlah Heroin Base seberat 13.295 kilogram bernilai RM1.2 juta dan sebanyak 86,000 biji pil kuda bernilai RM860,000 ditemukan di lokasi terbabit.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, sebelum serbuan, Unit Risikan Antarabangsa Bukit Aman dan Bahagian Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas menahan seorang pemandu lori di Jalan Pasir Mas – Tanah Merah.

Katanya, hasil soal siasat terhadap lelaki berusia 27 tahun itu, polis segera membuat serbuan ke atas rumah suspek dan mendapati isterinya warga Thailand yang berusia 23 tahun turut berada di situ.

“Pemeriksaan di dalam rumah mereka membawa kepada penemuan 13.395 kilogram dadah jenis Heroin Base dan 86,000 biji pil yaba dalam bilik. Selain dadah, polis turut menyita sebuah kereta Proton Satria dan motosikal Ego Avantiz bernilai RM14,000.


SHAFIEN Mamat ( kiri) menunjukkan dadah yang dirampas pada sidang media di IPD Pasir Mas, Pasir Mas, Kelantan hari ini.
“Siasatan awal mendapati mereka mempunyai hubung kait dengan sindiket yang ditumpaskan sebelum ini,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas di sini hari ini.

Menurut Shafien, siasatan awal mendapati kedua-dua suspek sudah enam bulan aktif dalam kegiatan memasarkan dadah berkenaan ke sebuah negeri di selatan tanah air.


Barang rampasan seperti dadah & wang ringgit yang bernilai lebih RM2 juta
Pasangan itu direman selama tujuh hari bermula Ahad lalu bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. 

Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.