Keperibadian Syakila Norazma Amira memikat hati Muhammad Azri. |
HULU TERENGGANU – Wanita kerdil memiliki ketinggian 118 sentimeter yang perkahwinannya bersama lelaki normal tular di media sosial pada April lalu bakal bergelar ibu setelah disahkan hamil 11 minggu.
Syakila Norazma Amira Zuharsema, 27, yang mengahwini Muhammad Azri Zaidi, 19, pada 18 Mac lalu berkongsi berita gembira tersebut menerusi akaun TikTok peribadinya kelmarin.
Pembantu kedai makan yang mesra dipanggil Yaya tersebut memuat naik video yang memaparkan dia menjalani pemeriksaan rutin ibu mengandung di sebuah klinik kesihatan di daerah ini.
“Alhamdulillah, syukur dengan rezeki yang Allah bagi. Baby (janin) sudah 11 minggu. Doakan Yaya dengan baby sihat dan dijauhkan daripada wabak,” katanya di sini semalam.
Video yang turut mempamerkan aksi Yaya memegang buku rekod ke hamilan berwarna merah jambu dan video imbasan ultrabunyi janin berkenaan memberi keterujaan kepada pengikut media sosialnya.
Yaya menunjukkan buku rekod kehamilan selepas menjalani pemeriksaan di sebuah klinik kesihatan di Hulu Terengganu kelmarin. |
Tidak kurang meninggal komen nakal mengusik bahawa mereka tidak sabar untuk melihat Yaya sarat mengandung dengan dalam keadaan perut memboyot tidak lama lagi.
Muhammad Azri memberitahu, dia tertarik keperibadian dan keyakinan diri tinggi dimiliki isterinya itu membuatkan hatinya terpaut untuk menyunting wanita berkenaan menjadi permaisuri hidupnya.