Rangkul Emas Pertama Paralimpik Tokyo 2020, 5 Fakta Mengenai Atlet Powerlifting Negara Bonnie Bunyau

Bonnie Bunyau Gustin.



TOKYO: JAGUH powerlifting negara, Bonnie Bunyau Gustin, menjadi atlet negara yang pertama meraih pingat emas dalam Sukan Paralimpik Tokyo 2020 dalam kategori lelaki 72 kilogram (kg).

Atlet berusia 22 tahun itu sememangnya dijangka akan sebagai pencabar utama pingat susulan rekodnya yang cemerlang.

Bonnie telah memecahkan rekod Paralimpik dengan 228kg sekaligus mengalahkan Mahmoud Attia dari Mesir di tempat kedua (191kg) dan Micky Yule dari Great Britain di tempat ketiga (182 kg).

Atlet berusia 22 tahun itu sememangnya dijangka akan sebagai pencabar utama pingat susulan rekodnya yang cemerlang.

Bonnie telah memecahkan rekod Paralimpik dengan 228kg sekaligus mengalahkan Mahmoud Attia dari Mesir di tempat kedua (191kg) dan Micky Yule dari Great Britain di tempat ketiga (182 kg).


Malaysia meraih pingat emas pertama menerusi acara powerlifting kategori lelaki 72kg di Tokyo International Forum.
Jaguh powerlifting negara Bonnie Bunyau Gustin turut memecah rekod Paralimpik dalam kategori itu dengan angkatan seberat 228 kg.



Atlet berusia 22 tahun dari Sarawak dianggap sebagai pencabar utama pingat untuk acara itu selepas memecah rekod dunia pada Piala Dunia Powerlifting Fazza Dubai ke-11 di Emiriah Arab Bersatu (UAE) Jun lepas.


Atlet powerlifting paralimpik negara, Bonnie Bunyau Gustin bersaing dalam kategori 72 kg pada Kejohanan Sukan Paralimpik Tokyo. FOTO Bernama
Atlet paralimpik negara, Bonnie Bunyau Gustin menghadiahkan khabar gembira apabila menjadi atlet pertama negara yang berjaya menyumbangkan emas di temasya Paralimpik Tokyo dalam acara powerlifting bagi kategori 72 kilogram (kg) hari ini.


Bonnie merangkul emas dengan angkatan terbaik 228 kg sekali gus memecahkan rekod temasya sebelum ini dipegang atlet Iraq, Rasool Mohsin 227kg yang dilakukan ketika di Rio de Janeiro.


TOKYO, 28 Ogos -- Atlet powerlifting paralimpik negara, Bonnie Bunyau Gustin melakukan angkatan pertama seberat 217 kilogram (kg) bagi kategori 72 kg pada Kejohanan Sukan Paralimpik Tokyo 2020 di Tokyo International Forum hari ini.- BERNAMA

Turun selaku pemegang rekod dunia, Bonnie mendahului saingan sejak daripada angkatan pertama dengan dia bermula dengan angkatan 217, 225, 228 sebelum percubaan keempat untuk memecahkan rekod dunia miliknya pada angkatan 231kg gagal.



Perak milik atlet dari Mesir, Mahmoud Attia dengan angkatan 191 kg manakala gangsa dimenangi Micky Yule, Great Britain, 182 kg.Atlet berusia 22 itu sebelum ini meraih emas di Piala Dunia Para Powerlifting Fazza Ke-11 di Dubai dalam kategori senior lelaki berat melebihi 72 kg.



Dia memecahkan rekod dunia dengan angkatan 230kg yang sebelumnya dipegang Roohallah Rostami dari Iran dengan angkatan 229kg semasa di Para Asia Jakarta 2018.

Memulakan kariernya sebagai atlet di awal usia 15 tahun, Bonnie menongkah arus tanpa rasa jemu dan putus asa sekali gus menyaksikan namanya kini terukir sebagai salah seorang jaguh terbaik dunia.

Berikut adalah lima fakta mengenai Bonnie:

1)Atlet kelahiran Sarawak ini dilahirkan pada 3 Jun 1999.

2)Menjadi pemegang Jalur Gemilang semasa majlis pembukaan Sukan Paralimpik Tokyo 2020.

3)Pemegang rekod dunia 230 kg pada Piala Dunia Powerlifting Fazza Dubai ke-11 di Emiriah Arab Bersatu (UAE) Jun lalu.

4)Beliau juga mencatat kejayaan manis sebagai pemenang emas di Piala Dunia Powerlifting di Bangkok bagi kategori 72 kg Mei lalu.

5)Bonnie juga merebut anugerah Atlet Para Terbaik pada majlis Anugerah Persatuan Penulis-penulis Sukan Malaysia (SAM)-100PLUS 2019.


Bukan calang-calang rekod yang dicapai anak Malaysia hingga mampu ke podium dan dikalungkan pingat emas.


Terima kasih dan tahniah diucapkan buat Bonnie dan kontinjen Paralimpik Malaysia atas kejayaan yang membanggakan ini. Kita #SokongMalaysia.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.