Kisah di Sebalik ' Jambatan Malaysia' di Korea

Di Paju, Korea Selatan (KS), ada sebuah jambatan bernama ‘Jambatan Malaysia’. Kredit foto: Blimey/YouTube

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)



"Jambatan Malaysia" di Korea Selatan - Bukti Hubungan Baik Negara Sekian Lama

Menerusi siaran video channel Blimey dari KS di YouTube, jambatan itu dipanggil ‘Ma-Raysia’ mengikut sebutan lama orang Korea.


Jambatan berusia lebih 60 tahun itu masih kukuh, digunakan sehingga kini dan boleh menampung banyak kereta yang melintas.


Blimey pergi interview penduduk setempat untuk gali kisah tentang jambatan tersebut. Ada seorang pak cik ni cerita, jambatan tersebut dibina pada sekitar tahun 1960-an.


Sebelum jambatan itu dibina, beliau turut cerita susahnya nak pergi sekolah masa musim hujan sebab tak boleh nak seberang sungai pada zaman itu. '

Difahamkan masa tu Korea belum maju macam sekarang, jadi Malaysia yang lebih kaya masa tu bantu negara tersebut termasuk bina jambatan berkenaan sewaktu era tu.

Apa yang menyentuh hati, pak cik itu juga mengucapkan terima kasih dan katanya sangat menghargai Malaysia. Jambatan tersebut amat bermakna bagi penduduk di sana.

Bila jambatan tu siap pada tahun 1966, ‘Jambatan Malaysia’ ini merupakan tanda hadiah dari Malaysia.

Dua dekad kemudian, Presiden Korea Selatan yang terkenang Malaysia semasa beliau muda dulu hantar pihaknya untuk terlibat dalam pembinaan Jambatan Penang pula, berdasarkan tulisan artikel The Star.

“Kami tak akan pernah lupa bagaimana Malaysia telah bantu kami semasa dalam kesusahan dulu.” kata Lee Kyoung Dock dari Kedutaan Korea Selatan di Malaysia kepada akhbar The Sun Daily.

Semoga ‘jambatan’ atau jalinan antara Malaysia dan Korea ini terus terbina kukuh sampai bila-bila. 🇲🇾🤜🤛🇰🇷


Pada masa kini, pengaruh hiburan dari Korea Selatan seperti KPop dan KDrama sangat luas ke seluruh dunia, termasuklah Malaysia. Maka, tidak hairanlah kita dapat lihat di media sosial makin ramai kenalan kita pergi bercuti ke sana (atau sekurang-kurangnya memasang impian besar ke sana).


Jika dilihat daripada sejarah, negara Malaysia dan Korea Selatan sememangnya mempunyai hubungan baik sejak dahulu lagi, baik daripada aspek pelaburan ekonomi, budaya dan pendidikan. Mengikut sejarah, Malaysia dan Korea Selatan pertama kali menjalin hubungan diplomatik dua hala apabila kerajaan Malaysia telah membuat kunjungan rasmi ke negara tersebut pada tahun 1960 atau lebih tepat pada tarikh 23 Februari 1960.

Dengan terbinanya hubungan diplomasi antara kedua buah negara ini, Malaysia telah mempunyai pejabat kedutaan di Seoul dan Korea Selatan memiliki kedutaan di Kuala Lumpur.

"Jambatan Malaysia" di Korea Selatan

Tahun 2020 yang lalu merupakan ulang tahun ke 60 hubungan baik antara kedua-dua buah negara. Lebih menarik, terdapat sebuah video di Youtube yang dihasilkan oleh produser tempatan di sana mengenai kewujudan sebuah jambatan di Korea Selatan yang diberi nama "Jambatan Malaysia".


Terletak di Paju-Si, kisah mengenai jambatan ini menjadi popular kerana pendedahan seorang rakyat Korea Selatan sendiri pada November 2020. Seorang wanita tempatan terlihat akan nama Jambatan Malaysia ketika menggunakan aplikasi peta dalam talian di telefon bimbitnya. Maka, dia telah ke sana untuk melihat dengan lebih dekat mengapa jambatan tersebut diberi nama "Malaysia". 

Di tepi jambatan ini, terdapat sebuah batu kuning yang turut memaparkan maklumat mengenai jambatan yang menjadi bukti hubungan baik antara Malaysid dan Korea Selatan ini. Jelas kelihatan jambatan tersebut di beri nama "Ma-Ray-Sia Gyo" di mana "Ma-Ray-Sia" yang merupakan sebutan lama orang Korea Selatan untuk Malaysia.


Menurut tulisan yang terpampang di situ juga, jambatan ini telah disiapkan pada 25 Ogos 1966 dan kerja-kerja pembinaannya telah disempurnakan oleh syarikat Han Heung Public Corporation. Menariknya, jambatan yang melintasi Sungai Gosancheon yang berusia lebih 60 tahun ini masih kekal utuh dan digunakan banyak kenderaan setiap hari.

Daripada tarikh siapnya jambatan ini, bermakna ianya telah dibina kira-kira 6 tahun selepas kedua-dua kerajaan negara Malaysia dan Korea Selatan membina hubungan diplomatik antara kedua-dua buah negara. 


Menariknya, dalam video yang disertakan di atas wartawan yang bertugas juga telah menemuramah beberapa orang rakyat tempatan mengenai kewujudan sebuah jambatan di tempat mereka yang diberi nama sebagai Jambatan Malaysia. Ternyata, ada antara mereka yang tahu mengenainya dan tidak kurang juga yang langsung tidak mengetahui nama jambatan tersebut.


Menurut seorang lelaki yang rumahnya terletak berdekatan dengan jambatan tersebut, jambatan itu diberikan nama Malaysia memandangkan negara kita telah bermurah hati pada ketika itu untuk menghulurkan sumbangan kewangan bagi menyiapkan pembinaan jambatan tersebut yang merupakan jalan penghubung rakyat setempat melintasi sebuah sungai kecil.

Menurut lelaki tersebut juga, tanpa jambatan tersebut mereka pada waktu dahulu akan memijak batu-batu kecil untuk menyeberangi sungai tersebt. Malangnya, apabila musim hujan tiba dan paras air naik, kanak-kanak tidak dapat ke sekolah kerana paras air yang tinggi menghalang mereka daripada menyeberangi sungai tersebut.


Apabila ditanya mengapakah kawasan tersebut menjadi pilihan untuk mendapat bantuan kewangan bagi pembinaan projek jambatan tersebut, lelaki tersebut menjawab tidak pasti namun beranggapan kemungkinan kawasan tersebut mungkin merupakan antara bandar terawal di Korea Selatan satu ketika dahulu. Secara geografinya, kawasan ini terletak kira-kira 1 jam perjalanan daripada bandar Seoul.  

Hubungan perdagangan kedua-dua buah negara


Hubungan ekonomi kedua-dua buah negara pula secara rasminya terbina pada tahun 1962 apabila Menteri Pertanian Malaysia ketika itu, Khir Johari dan Menteri Luar Korea Selatan Choe Deok-sin telah menandatangani perjanjian perdagangan pertama antara kedua-dua negara di Seoul pada 5 November 1962.

Sejak 1980, Korea Selatan muncul sebagai salah satu sumber pelaburan langsung asing utama di Malaysia. Sehingga tahun 1996, sejumlah 235 projek pelaburan Korea Selatan di Malaysia bernilai RM4.6 bilion telah diluluskan untuk sektor pembuatan yang merangkumi pengeluaran produk bukan logam, produk elektrik dan elektronik, produk kayu, produk getah dan bahan kimia.

Dari tahun 2004 hingga 2008, perdagangan Malaysia dengan Korea Selatan meningkat 6.7% dari US $9.7 bilion pada tahun 2004 kepada AS $15.4 bilion. Pada tahun 2012, 287 projek lagi telah dilaksanakan dengan pelaburan sebanyak RM7.7 bilion.

Nilai perdagangan antara kedua negara  mencapai US $10.8 bilion pada tahun 2015, menjadikan Malaysia sebagai rakan perniagaan ke-12 terbesar Korea Selatan. Pada tahun 2018, SK Korea Selatan menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Malaysia untuk melabur dalam teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan 5G, minyak dan gas, teknologi hijau dan pembangunan bandar.

Migrasi dan kedatangan penduduk antara kedua buah negara.


Jumlah ekspatriat Korea Selatan di Malaysia hampir meningkat tiga kali ganda antara tahun 2005 dan 2007, mencapai 14,934 individu dan diharapkan terus bertambah dengan pesat. Secara statistik pula, sekitar 200,000 rakyat Korea Selatan datang ke Malaysia pada tahun 2006 dan Kota Kinabalu adalah destinasi paling popular mereka.

Rakyat Malaysia di Korea Selatan juga telah membentuk komuniti yang jauh lebih kecil. Duta Besar Malaysia ke Korea Selatan, M. Santhananaban, menganggarkan pada tahun 2005 bahawa terdapat 400 pelajar antarabangsa Malaysia di negara itu.

Kehadiran mereka di Korea Selatan adalah hasil daripada idea "Pandang ke Timur" bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad, yang mendorong rakyat Malaysia untuk belajar dan mencontohi sikap dan etika kerja Korea Selatan dan Jepun. 


Pada tahun 2008, kerajaan Korea Selatan bermurah hati memberikan biasiswa berjumlah RM8 juta kepada 41 pelajar Malaysia untuk menyokong mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat master, doktoral atau penyelidikan pascasiswazah lain di Korea Selatan.

Satu persoalan yang mungkin timbul, mengapakah kerajaan Malaysia bermurah hati menyalurkan bantuan kewangan bagi pembinaan jambatan ini satu ketika dahulu? Jika dilihat pada sejarah, Korea Selatan pada waktu itu jauh lebih miskin daripada Malaysia.

Menariknya, selepas 60 tahun kemudian ternyata negara Korea Selatan kini jauh lagi maju dalam segenap aspek jika dibandingkan dengan Malaysia. Malah, jenama-jenama besar seperti Samsung, Hyundai, Kia Motors dan LG juga berasal dari negara ini. 

Kredit:

  1. Wikipedia
  2. The Sun Daily
  3. Lien Pang Ren
SELAMAT HARI MALAYSIA 🇲🇾🇲🇾🇲🇾

SOURCE: iluminasi

Kongsikan artikel ini:
***Jangan lupa like dan follow facebook kami di Kickbola Network dan langgan saluran Telegram BeritaUp2Date untuk kemas kini berita terkini.




Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.