pesakit COVID-19 ketika tinjauan di wad rawatan. - Foto BERNAMA |
Memahami 'Long COVID-19'
KUALA LUMPUR: Masyarakat ketika ini banyak didedahkan mengenai simptom jangkitan COVID-19 namun masih tidak banyak mengetahui sebenarnya terdapat simptom susulan bagi pesakit yang sudah sembuh.Kesan sampingan yang membimbangkan: Menurut CDC, bahkan orang yang tidak mengalami gejala Covid-19 pada hari atau minggu setelah mereka dijangkiti masih boleh mengalami keadaan pasca-Covid. |
Bagi Pakar Mikrobiologi Klinikal USIM, Prof Madya Dr Nurul Azmawati Mohamed, adakalanya ia simptom yang sama seperti jangkitan COVID-19 ini boleh berpanjangan sehingga empat minggu selepas pulih.
"Long COVID ataupun dikenali sebagai simptom COVID berpanjangan ini adakah keadaan seseorang yang masih bergejala COVID-19 walaupun sudah pulih.
"Gejala ini adakala berpanjangan sehingga lebih empat minggu yang mana gejalanya lebih kurang sama dengan simptom jangkitan," kata Dr Nurul Azmawati dalam temubual program AWANI Pagi pada Rabu.
Petugas HKL ketika membuat pemeriksaan kesihatan terhadap para pesakit COVID-19 ketika tinjauan di wad rawatan. - Foto BERNAMA |
"Simptomnya tidak terbatas kepada sistem pernafasan malah mengganggu sistem lain kesihatan mental yang boleh akibatkan kesukaran fokus, bercelaru, keresahan dan sukar untuk tidur.
"Antara simptom lain adalah sakit otot dan sendi dan juga ganggu bahagian usus yang boleh sebabkan cirit birit dan muntah," katanya.
Bagi Dr Nurul, mengetahui dengan lebih jelas mengenai simptom ini dapat memastikan individu dirawat dengan cepat supaya tidak menjejaskan lagi kesihatan mereka.
Pengambilan vaksin COVID-19 adalah penting bagi setiap bekas pesakit COVID-19 supaya antibodi mereka bertahan lebih lama menentang wabak itu.
"Walaupun kajian menunjukkan seseorang bekas pesakit COVID-19 boleh bertahan terhadap virus selama enam bulan, namun pengambilan vaksin akan memanjangkan lagi dan tingkatkan imuniti badan mereka untuk cegah jangkitan dan kurangkan simptom kronik," jelasnya.
Penbdedahan mengenai 'Long COVID-19' ini perlu disebarluaskan lagi supaya bekas pesakit dapat memantau perkembangan kesihatan mereka.
Tags
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.