Dulu pelakon cilik kini dah jadi ibu… Erynne Erynna akui masih sus4h dapat watak dewasa – “Mungkin kena tukar imej, solekan untuk nampak matang”

Memang awet muda

‘Sumpahan’ pelakon kanak-kanak saat dewasa



PELAKON yang terlebih dahulu membina nama pada usia kanak-kanak, namun berdepan kesukaran untuk membuang imej dan menggilap karier menjelang dewasa tidak hanya berlaku di Malaysia.

Ibarat satu ‘sumpahan’, situasi sedemikian sepertinya berlaku di mana-mana sahaja seluruh dunia termasuk di Hollywood.

Daniel Radcliffe dan Emma Watson antara bintang yang berdepan perihal disebutkan itu. Walaupun sudah menginjak dewasa, mereka masih dibayangi imej ‘kanak-kanak’. Di Malaysia, situasi sama turut dirasai dua pelakon berbakat Erynne Erynna dan Fimie Don.

Ironi, dua pelakon itu cemerlang ketika di zaman kanak-kanak. Erynne pernah menang pelakon kanak kanak terbaik Festival Filem Malaysia ke-21. Fimie pula pernah menang Pelakon Remaja Terbaik Festival Filem Malaysia ke-23 menerusi filem Magika.


ERYNNE ERYNNA dan Fimie Don.

Dibayangi fenomena zaman ‘budak’

Erynne atau nama lengkapnya, Syazlynne Erynne Abdullah, 24, tidak menafikan cabaran buat dirinya untuk tidak dibayangi kejayaan zaman kanak-kanak, namun semua itu tidak mematahkan semangatnya untuk meneruskan kerjaya lakonan.

“Sejujurnya, memang jarang sekali dapat watak orang dewasa macam ada suami atau anak walaupun dalam kehidupan sebenar, saya dah bergelar isteri dan ada anak. Mungkin wajah saya macam nampak keanak-anakan, fizikal pun genit.

“Jadi, produksi tak percaya saya boleh menjayakan watak orang dewasa sedangkan saya dah berusia 24 tahun sekarang. Kalau nak menjayakan watak-watak sebegitu, kena main dengan solekan pakai busana yang sesuai.

“Tapi, saya tak pernah rasa putus asa sebab bagi saya, dalam kehidupan kadangkala kita di atas, kadangkala di bawah.

“Janji kita kekal berada di garisan dan kekalkan kualiti yang kita miliki dan sentiasa berusaha perbaiki diri. Rezeki tak pernah salah alamat dan saya percayakan itu,” kata Erynne yang cukup dikenali menerusi filem Congkak.

Sementara itu, ditebak tentang persoalan ramai yang meletakkan jangkaan yang tinggi kepada pelakon seperti dirinya, Fimie, 23, memaklumkan, dalam kehidupan terutama sebagai seorang anak seni, perkara itu memang tidak boleh dielakkan.

“Jangkaan orang memang akan sentiasa berkembang baik buat diri sendiri atau orang sekeliling. Kita tak boleh mencapai kesempurnaan dalam hidup. Contoh saya berlakon dengan Erynne, mungkin orang fikir karya ini mesti sempurna.

“Sedangkan, sebetulnya, memang sukar untuk mencapai kesempurnaan. Apa yang kita boleh beri mungkin hampir sempurna tapi takkan sempurna.

Saya percaya bekerja dengan orang yang bagus berbekalkan pengalaman, ilmu yang telah dikutip, insya-Allah akan membuatkan produk seni berkualiti. Insya-Allah hasilnya, orang akan puas,” ujarnya.

Tambah Fimie, seperti Erynne, dia percayakan kuasa rezeki dalam mendepani karier seni.

“Tak perlu rasa putus asa dengan kekurangan. Kalau setakat dua tahun tiada ‘job’, masa sebelum ini Allah dah bagi 20 tahun perjalanan yang penuh dengan perkara manis.

“Apa pun, kita bersyukur sampai sekarang masih mampu berdiri dalam industri walaupun kalau disoal tentang populariti, kami tidaklah sepopular mana,” katanya.


‘Bakat, orang ingat selamanya’
Menjawab soalan berkenaan populariti yang tidak begitu memihak kepada dirinya, Erynne berkata, dia tidak pernah kisah tentang populariti kerana dia berpegang dengan satu falsafah dalam hidup.

“Sejujurnya, saya tak pernah kejar populariti. Saya berpegang kepada kata-kata azimat daripada salah seorang ‘otai’.

“Katanya, biar orang ingat kita sebab bakat bukan populariti. Populariti kalau jatuh orang lupa. Kalau bakat, selama-lamanya orang ingat.

“Kalau ditanya sampai bila saya akan berlakon, jawapan saya, sampai mati,” ujarnya yang mula berlakon sejak berusia lapan tahun.


MULA berlakon sejak usia lapan tahun, Erynne Erynna yang kini telah berkahwin dan memiliki anak masih sukar mendapat kepercayaan melakonkan watak dewasa.
2 tahun mendirikan rumah tangga, pelakon Erynne Erynna mengakui masih ramai yang belum mengetahui dia kini sudah bergelar isteri dan memiliki seorang cahaya mata.

Bahagia melalui alam perkahwinan, Erynne atau nama sebenar Syazlynne Erynne Abdullah, 24, berkata dia mempelajari banyak perkara baharu sepanjang melalui alam perkahwinan.

“Umur 21 tahun saya bertemu jodoh dan berkahwin, sejujurnya kahwin muda ni bukanlah mudah sebab banyak benda saya kena belajar dan perlu bersiap sedia.

“Selepas berkahwin, tak lama kemudian jadi ibu pula. Sekarang barulah saya faham… bukan mudah melahirkan dan membesarkan anak. Ini merupakan satu perjalanan yang cukup mencabar.

“Sekarang ini saya lebih menghargai pengorbanan ibu semasa membesarkan saya dahulu… Alhamdulillah saya seronok dan bahagia melalui fasa kehidupan ini,” katanya.

Erynne ditemui semasa sidang media drama Ali Alia yang diadakan secara maya, baru-baru ini.


Erynne bersama sahabat baiknya yang juga pelakon drama Ali Alia, Fimie Don.


Erynne yang memulakan karier lakonan sejak berusia lapan tahun berkahwin dengan Afify Sazali pada 17 April 2019.

Pasangan ini menimang cahaya mata sulung perempuan diberi nama Medinah berusia setahun.

Bercakap mengenai karier lakonan, Erynne berkata dia akan meneruskan kerjaya dalam bidang ini meskipun dirinya sudah memegang status sebagai seorang isteri dan ibu.

Walaupun dah jadi ibu ni saya akui sus4h nak dapat watak wanita dewasa, mungkin sebab fizikal saya kecil dan tak nampak matang!.

ERYNNE ERYNNA

PELAKON

“Bidang lakonan sudah sebati dan menjadi jiwa saya. Sejujurnya, kalau orang tanya berapa lama saya akan jadi pelakon… jawapan saya sehingga m4t1.

“Jika diizinkan Allah, masih ada rezeki dalam bidang ini dan selagi orang nampak bakat saya, semestinya saya akan terus berada di sini.

“Walaupun dah jadi ibu ni saya akui susah nak dapat watak wanita dewasa, mungkin sebab fizikal saya kecil dan tak nampak matang.


Erynne dan suami tercinta, Afify.
“Tapi kalau diberi watak sebegitu saya okay sahaja, cuma macam mana saya nak nampak matured tu… mungkin saya kena tukar imej, mekap atau cara pemakaian nanti,” ujarnya.

Bercakap mengenai drama Ali Alia, Erynne merupakan teruja utama bersama pelakon Rusdi Ramli, Faezah Elai dan Fimie Don.

Ia turut dibintangi oleh Fahrin Ahmad, Usop Wilcha, Sabrina Ali, Faradhiya, Rashid Jaafar, Sharifah Juairiah, Jay Iswazir, Kodi Rasheed dan Mior Hashim Manap.


Lakonan mantap Erynne dalam drama Ali Ali.
Drama 13 episod arahan Heykal Hanifah ini mengangkat genre kekeluargaan dan hubungan kasih sayang yang memaparkan kisah pasangan suami isteri, Amir lakonan Rusdi Ramli dan Mazni (Faezah Elai) yang dihimpit dengan kemelut rumah tangga sehingga mahu bercer41.

Keputusan itu menjadi titik punca yang menyebabkan anak mereka, Ali (Fimie Don) dan adik kembarnya yang juga mengh1dap aut1sme, Alia (Erynne Erynna) lari dari rumah kerana amat tertekan dengan pertel1ngk4han yang berlaku antara ibu bapa mereka.

Drama ini ditayangkan menerusi slot Tiara setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 6 petang di saluran Astro Prima (105) serta turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan On Demand.

Sumber : mStar

Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.