New Zealand laksana perintah berkurung selepas satu kes baharu Covid-19 dikesan |
WELLINGTON: Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern mengarahkan pelaksanaan perintah berkurung mengejut di seluruh negara berkuat kuasa esok.
Arahan perintah berkurung itu dikeluarkan selepas kes jangkitan Covid-19 pertama yang berpunca daripada penularan tempatan dikesan di Auckland dalam tempoh enam bulan.
Seluruh New Zealand akan menjalani perintah berkurung selama tiga hari bermula esok.
Namun, Auckland dan Coromandel, sebuah pekan yang mana individu dijangkiti virus berkenaan berada di kawasan tersebut, akan menguatkuasa perintah berkurung selama tujuh hari.
Perintah berkurung tahap keempat itu melibatkan penutupan semua sekolah, pejabat dan premis perniagaan.
Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern |
“Perkara terbaik yang boleh kita lakukan adalah dengan membendung penularan virus ini secepat mungkin.
“Kami membuat keputusan ini dengan mengambil kira segala kemungkinan.
“Malah, kami pernah melihat apa yang boleh berlaku sekiranya gagal menanganinya. Kita hanya mempunyai satu peluang,” kata Ardern.
Jelas beliau, pihak berkuasa menjangkakan kes Covid-19 baharu itu merupakan jangkitan varian Delta walaupun ia masih belum disahkan.
Katanya, kemungkinan terdapat kes jangkitan Covid-19 yang lain.
Kes Covid-19 terakhir yang direkodkan di New Zealand adalah pada Februari lalu.
New Zealand melakukan Lockdown bagi 1 kes Varian Delta |
New Zealand catat kes Covid-19 tempatan pertama dalam tempoh 6 bulan
WELLINGTON – New Zealand mencatat kes tempatan pertama Covid-19 dalam tempoh enam bulan semalam sekali gus mencetuskan usaha untuk mengesan asal-usul jangkitan ketika pegawai-pegawai membincangkan tindak balas yang perlu dilakukan.Jabatan kesihatan menyatakan, jangkitan itu dikenal pasti di bandar terbesar New Zealand, Auckland sambil menambah, ‘kaitan antara kes tersebut dan kawalan sempadan atau pengurusan kuarantin masih belum diketahui’.
Barisan menteri bermesyuarat semalam untuk menentukan tindakan yang akan dilaksanakan berhubung kes dalam komuniti pertama di New Zealand itu sejak 28 Februari lalu.
“Tindakan awal dan keras adalah cara terbaik untuk mengatasi risiko penyebaran dan semua orang di New Zealand diminta untuk bertenang, bersikap baik dan memainkan peranan mereka sementara kami mengumpulkan lebih banyak maklumat mengenai kes ini,” kata jabatan kesihatan. Bagaimanapun, perincian lebih lanjut mengenai kes itu tidak didedahkan.
Keadaan kawasan pusat perniagaan (CBD) yang sunyi susulan pelaksanaan perintah berkurung di Wellington pada 26 Mac tahun lalu. -AFP |
Bagaimanapun, kempen vaksinasinya agak perlahan dengan sekitar 20 peratus sahaja penduduknya telah mendapat pelalian penuh.
Auckland beberapa kali melaksanakan penutupan singkat akibat Covid-19 sejak perintah berkurung di seluruh New Zealand yang dikuatkuasakan tahun lalu, berjaya mengekang penularan virus tersebut.
Arahan duduk di rumah terbaharu yang dilaksanakan di bandar raya itu berakhir pada Mac lepas. – AFP