Negara mana yang paling gelap bagi kematian dan kes baharu Covid?

Negara mana paling ‘gelap’?


Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkongsi peta jangkitan Covid-19 dunia yang menampakkan Malaysia ‘negara paling gelap’.

“Negara mana yang paling ‘gelap’? Paling gelap bermakna paling parah.

“Terimalah dan mengaku realiti ini kerana ini data dan sains, bukan air liur,” jelas beliau dalam hantaran terbaharu di Facebook miliknya hari ini.

Negara mana yang paling gelap bagi kematian Covid dan kes baharu Covid semalam?


Pandemik mengancam semua negara tapi Malaysia PALING PARAH dalam dunia selepas 7 bulan Darurat dan lockdown paling panjang dalam dunia.


Kita tak jatuh begitu teruk tanpa sebab.

Tapi kalau tanya pihak sebelah sana, mereka akan kata ini adalah salah Rakyat tak ikut SOP.

Jelas Najib, pandemik mengancam seluruh dunia tetapi Malaysia tidak menjadi antara negara paling corot dalam dunia dari segi Covid-19 dan ekonomi tanpa sebab.

“Terlalu banyak kesilapan secara sengaja atau tak sengaja yang tidak boleh dimaafkan telah dibuat kerajaan PN (Perikatan Nasional),” katanya.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.