Anak lengkap vaksinasi tidak boleh rentas negeri jumpa ibu bapa

hanya ibu bapa yang sudah menerima vaksinasi lengkap, dibenarkan merentas negeri untuk berjumpa anak berusia 18 tahun ke bawah, berkuat kuasa esok.



KUALA LUMPUR: Tiada kelonggaran diberi kepada golongan berusia 18 tahun ke atas yang sudah menerima vaksinasi lengkap, untuk merentas negeri berjumpa ibu bapa.

Menteri Kanan (Luar Negeri), Datuk Seri Hishammuddin Hussein, menjelaskan ini kerana ia membabitkan jumlah ramai yang dikhuatiri boleh menyumbang peningkatan kes COVID-19.

Beliau berkata, perkara itu diputuskan selepas penilaian risiko jangkitan semasa pada peringkat awal pemberian kelonggaran yang diumumkan.

Setakat ini, beliau berkata, hanya ibu bapa yang sudah menerima vaksinasi lengkap, dibenarkan merentas negeri untuk berjumpa anak berusia 18 tahun ke bawah, berkuat kuasa esok.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.