5 orang anaknya terkorban dalam kebakaran di rumah mereka. |
ILLINOIS: Seorang wanita tidak dapat menahan kesedihan apabila kesemua lima orang anaknya terkorban dalam kebakaran di rumah mereka.
Lebih menyayat hati, insiden itu berlaku pada hari jadi Sabrina Dunigan, 34.
Tragedi itu berlaku di sebuah flat di St Louis, di sini dan mengorbankan Deontay Dunigan, sembilan, kembar Heaven dan Neveah (tujuh tahun), Jabari Johnson (empat tahun) dan Loyal Dunigan (dua tahun).
Menurut polis, ketika kejadian, Sabrina meninggalkan anak-anaknya di rumah sebentar untuk menghantar kawannya pulang. Sebaik sahaja dia balik, rumahnya sudah terbakar dengan anak-anaknya berada di dalam.
5 bulan sebelum ini, rumah sekeluarga itu pernah terbakar, namun mereka terselamat. |
Pasukan bomba kemudiannya dikerah ke lokasi kejadian dan memadamkan kebakaran.
Bomba menemukan dua mayat anaknya di dalam bilik, dengan tiga lagi tidak sedarkan diri.
Tiga anak Sabrina kemudiannya dikejarkan ke hospital, namun mereka disahkan meninggal dunia.
Lima bulan sebelum ini, rumah sekeluarga itu pernah terbakar, namun mereka terselamat.
Punca kebakaran masih disiasat dan orang ramai menzahirkan rasa sedih terhadap keluarga Sabrina.