Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata, beliau mendoakan ujian Covid-19 mewujudkan umat Islam yang lebih bertakwa dan padu ketahanan jiwa. |
Sempena sambutan Maal Hijrah, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berharap kedatangan tahun baharu Islam mengurniakan umatnya dengan keimanan dan kesabaran untuk meneruskan ikhtiar melawan Covid-19 menerusi Pelan Pemulihan Negara yang sedang giat dilaksanakan kerajaan.
“Saya berdoa agar ujian ini berupaya menjadikan kita umat Islam yang lebih bertakwa dan mempunyai ketahanan jiwa serta asertif diri yang padu,” katanya ketika berucap pada majlis sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 2021/1443 di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini.
Beliau juga berharap sambutan Maal Hijrah dapat terus dihayati dan disemarakkan oleh umat Islam di negara ini walaupun semua masih berjuang untuk menamatkan pandemik Covid-19.
Muhyiddin berkata sambutan yang diadakan hari ini adalah cerminan iltizam kerajaan agar syiar Islam terus terpelihara dan dimartabat sejajar dengan kedudukannya sebagai Agama Persekutuan yang dijunjung tinggi.
“Saya menyeru kepada diri saya dan saudara saudari sekalian, marilah bersama-sama kita menjiwai peristiwa hijrah yang bukan sekadar mengenang perpindahan Nabi Muhammad SAW secara fizikal, dengan meninggalkan harta dan kediaman semata-mata.
Syaikh Ismail (kiri) dan Muhammad (kanan) dianegerahkan tokoh Maal Hijrah. |
Hakim Majlis Tilawah Peringkat Kebangsaan dan antarabangsa Tan Sri Dr. Syaikh Ismail Muhammad, 77, dinobatkan sebagai Tokoh Maal Hijrah bagi peringkat Kebangsaan 2020/1442 Hijrah.
Pengumuman itu dibuat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri pada majlis sambutan Maal Hijrah di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (MTMZA) di sini.
Manakala, Tokoh Maal Hijrah Antarabangsa pula diberikan kepada Penasihat Majlis Diraja Arab Saudi, Syeikh Dr. Muhammad bin Abdul Karim AI-Issa, 56.
Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.