Brunei rekod kes Covid-19 pertama dalam tempoh 15 bulan

Seorang lelaki yang memakai pelitup muka, di tengah kebimbangan mengenai penyebaran coronavirus COVID-19, sambil memegang beg plastik barang di Pasar Malam Gadong di Bandar Seri Begawan.



BANDAR SERI BEGAWAN: Brunei hari ini merekodkan sebanyak 42 kes jangkitan baharu Covid-19, iaitu kes pertama melibatkan penularan tempatan dalam tempoh 15 bulan.

Menteri Kesihatan Brunei, Mohd Isham Jaafar berkata, satu kluster jangkitan dikaitkan dengan penularan jangkitan di sebuah hotel yang dijadikan sebagai pusat kuarantin.

Negara ini merekodkan sebanyak 406 kes jangkitan sejak pandemik Covid-19 berlaku.

“Berbanding penularan yang berlaku pada tahun lalu, kita tidak tahu dari mana punca kes jangkitan ketika ini.

“Penularan baharu itu menyebabkan beberapa pusat kuarantin mulai penuh ketika ini dan pihak berkuasa turut menyiasat mengenai kemungkinan berlaku rentas negara secara haram antara Brunei dan Malaysia sehingga menyebabkan jangkitan“ katanya dalam sidang akhbar.

Beliau juga memaklumkan sampel daripada sejumlah penduduk yang dijangkiti Covid-19 sudah dihantar ke Singapura bagi mengesan varian Delta.

Pada Sabtu lalu, Brunei merekodkan tujuh kes jangkitan Covid-19 iaitu yang pertama sejak Mei 2020.

Kira-kira 33 peratus daripada 450,000 populasi Brunei sudah menerima satu dos suntikan vaksin Covid-19. – REUTERS

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.