Menteri Kesihatan, Dr. Awang Md. Isham Jaafar |
BERAKAS: Hasil ujian ‘genotyping’ atau ‘sequencing’ beberapa sampel dari kes-kes jangkitan Covid-19 tempatan yang dihantar ke luar negara menunjukkan bahawa kesemua 20 sampel yang dihantar tersebut adalah dari varian Delta.
Namun Kementerian Kesihatan mengingatkan orang ramai untuk tidak merasa cemas dengan perkara ini.
Pelita Brunei melaporkan, Menteri Kesihatan, Dr. Awang Md. Isham Jaafar berkata, varian Delta memang diketahui dua hingga tiga kali lebih mudah merebak dari varian lain.
PETUGAS kesihatan melakukan kerja-kerja sanitasi di dalam Masjid Suri Seri Begawan Raja Pengiran Anak Damit di Bandar Seri Begawan, Brunei pada 17 Mac tahun lalu. - AFP |