Lolanopita, ibu remaja celebral palsy meninggal dunia
JEMPOL: Ibu kepada remaja orang kurang upaya (OKU), Allahyarham Muhammad Firdaus Dullah, meninggal dunia di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN), Kuala Pilah hari ini.
Lolanopita Sadi, 47, meninggal dunia pada pukul 2.30 petang tadi ketika dirawat kerana mengalami masalah buah pinggang, kencing manis dan darah tinggi.
Rakannya, Soriati Parmin, 42, berkata, keadaan kesihatan Allahyarham semakin merosot sejak Aidiladha lalu dan dia kemudian dibawa ke HTAN untuk mendapatkan rawatan.
“Dia sudah setahun mengalami masalah buah pinggang, seminggu sebelum Hari Raya Haji lalu dia keluar daripada hospital selepas mendapatkan rawatan penyakitnya itu, dan saya selepas itu menjaganya.
“Pada 27 Julai lalu dia kembali ditahan wad sehingga dia meninggal dunia hari ini,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia malam ini.
Allahyarham anaknya, Muhammad Firdaus Dullah yang meninggal dunia pada 2015. |
Allahyarham Muhammad Firdaus Dullah dan ibunya, Lolanopita |