Manusia bakal berperang dengan makhluk asing menjelang 2025

Makhluk asing didakwa akan mendarat di Bumi ketika hujan meteor Perseid. – Getty Images



LONDON – Seorang individu yang mendakwa dirinya merupakan ‘pengembara masa’ dari tahun 2714 menegaskan bahawa makhluk asing dijangka tiba di Bumi pada hari ini, lapor akhbar The Sun hari ini.

Peristiwa itu menurutnya akan menjadi permulaan kepada satu peperangan yang akan tercetus pada tahun 2025.

Menggunakan akaun TikTok bernama @aesthetictimewarper, individu tersebut berkata, makhluk asing akan mendarat di Bumi ketika hujan meteor Perseid.

“Ya, saya merupakan ‘pengembara masa’ dari tahun 2714. Sesuatu yang hebat akan berlaku pada 11 Ogos 2021.

“Satu kejadian hujan meteor besar-besaran akan berlaku selama dua minggu di hemisfera utara yang mengandungi pesanan Nozic.


@aesthetictimewarper

There is a lot you need to know… ##fyp ##fypage ##timetravel ##timewarper ##timetraveler ##future ##fypã‚· ##nozics

♬ Epic Emotional - AShamaluevMusic
“Satu daripada meteor tersebut akan kelihatan berbeza dengan meteor lain kerana ia merupakan kapal angkasa yang mendarat di Bumi yang sedang bersiap sedia untuk perang Nozic,” tulisnya pada hantaran tersebut.

Dia bagaimanapun tidak menjelaskan secara terperinci mengenai perang Nozic, namun mendakwa perang tersebut bakal bermula pada tahun 2025.

Hantaran lelaki itu menerima komen-komen skeptikal daripada netizen dengan ramai yang mengecam dakwaannya.

“Tiada satu pun daripada dakwaannya menjadi kenyataan. Tolong beritahu kami sesuatu yang benar,” kata seorang pengguna.

“Apa kata lelaki ini tunjukkan kepada kita bagaimana rupanya,” tulis seorang lagi. – Agensi

Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.