Tangkap layar memaparkan warga asing gagal mematuhi SOP siap berpeluk untuk mendapat vaksin di ibu negara |
PETALING JAYA- Sebuah video memaparkan ratusan warga asing yang berpusu-pusu untuk memdapatkan suntikan vaksin secara ‘walk in’ di ibu negara tular hari ini selepas mereka didakwa gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.
Lebih menakutkan, kumpulan warga asing itu bukan sahaja dilihat gagal menjaga penjarakan sosial ditetapkan, malah ada di antara mereka dilihat seaakan ‘berpeluk’ berikutan berada terlalu dekat.
Video berdurasi 5 minit itu yang dimuat naik pemilik asal @bondaumirahtaib turut tular di laman media sosial apabila rata-rata rakyat menyifatkan kejadian seumpama itu menjadi antara penyebab utama peningkatan kes harian Covid-19.
Menerusi video itu, kelihatan ratusan warga asing sedang beratur di luar perkarangan hotel untuk mendapatkan suntikan vaksin namun tidak dikawal sepenuhnya oleh petugas bagi melancaran proses vaksinasi.
Seorang individu turut tampil meminta warga asing untuk menjaga penjarakan, malah dia turut memohon kepada pihak polis untuk memantau situasi yang berlaku berikutan dilihat berisiko kepada orang awam.
Tangkap layar memaparkan warga asing gagal mematuhi SOP ketika berpusu-pusu untuk mendapat vaksin di ibu negara |
“kenapa tiada siapa yang jaga mereka dekat luar, kalau macam ini lebih baik tak payah cucuk vaksin, menambahkan lagi kes ada lah,” kata Lieza Yusof.
“Kalau macam ini, saya sanggup tak ambil vaksin, takut kena Covid-19 dulu sebelum ambil vaksin,” luahnya. -K! ONLINE