"Semoga Tuhan merahmati Malaysia" - Khairy sahkan anggota Kabinet serah surat letak jawatan |
PUTRAJAYA: Kabinet sudah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Yang di-Pertuan Agong, kata Khairy Jamaluddin.
Dalam catatan di Instagram, beliau yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi dalam Kabinet Muhyiddin Yassin turut berterima kasih kepada rakyat yang memberi peluang kepadanya untuk berbakti kepada negara.
“Kabinet sudah menyerahkan surat peletakan jawatan kami kepada Agong. Terima kasih untuk peluang itu untuk berbakti kepada negara. Semoga Tuhan merahmati Malaysia,” katanya.
Khairy Jamaluddin mengesahkan pengunduran kerajaan Perikatan Nasional. Terdahulu, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Khairuddin Aman Razali memberi bayangan kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang memerintah selama 17 bulan akan “terkubur” selepas Jemaah Menteri selesai mengadakan mesyuarat di Perdana Putra, Putrajaya, pagi tadi.
“Alhamdulillah. Selesai mesyuarat Kabinet terakhir kerajaan Perikatan Nasional pagi ini. Perdana Menteri akan bergerak untuk mengadap Yang di-Pertuan Agong. Tawakal kepada Allah selepas bertekad seusai mesyuarat,” katanya di Facebook.
Khairy Jamaluddin dalam entri sama turut memuat naik gambar beliau bersama Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz. - Gambar Instagram KHAIRY JAMALUDDIN @khairykj |
Dilaporkan Muhyiddin ke Istana Negara hari ini untuk menyerah surat peletakan jawatan sebagai perdana menteri kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.
Khairy Jamaluddin mengesahkan pengunduran kerajaan Perikatan Nasional. |
“Kami tetap teguh dan bangga dengan anda presiden. Terima kasih di atas perkhidmatan dan kepimpinan anda. Kita akan kembali lebih kuat, Insya-Allah,” katanya.
Khairy memuat naik kemas kini di Instagram Story hari ini - Instagram Khairy Jamaluddin @khairykj |