Muhyiddin Meninggalkan Istana Negara

Kenderaan membawa Muhyiddin Yassin, dilihat meninggalkan Istana Negara.

Muhyiddin beredar dari Istana Negara selepas 39 minit



Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meninggalkan Istana Negara, 1 tengah hari ini.

Beliau menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selama kira-kira 40 minit.

Terdahulu, Perdana Menteri yang mempengerusikan mesyuarat khas kabinet di Putrajaya pagi tadi tiba di Istana Negara pada 12.23 tengah hari.

Beliau sempat melambai kepada petugas media yang menunggu di pintu masuk Istana Negara sejak 7.30 pagi tadi.

Sebelum itu Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun dan Ketua Polis Negara tiba di Istana Negara pagi tadi.


KENDERAAN membawa Muhyiddin Yassin, dilihat meninggalkan Istana Negara. F
Difahamkan satu pengumuman khas akan diadakan hari ini namun tiada sebarang perincian lanjut setakat ini.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.