Jepun sorok kes varian Lambda?

LIVE BLOG
Kes varian Lambda di Jepun berkait dengan Olimpik
klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)



Jepun beri amaran lonjakan kes COVID-19 varian Lambda

TOKYO - Pada 20 Julai lalu, tiga hari sebelum pembukaan temasya Olimpik Tokyo 2020, satu kes jangkitan varian Lambda telah dilaporkan di lapangan terbang di Jepun, namun dirahsiakan daripada pengetahuan umum.

Ia diklasifikasikan sebagai varian mempunyai kepentingan (VOI), walaupun maklumat tentangnya masih baharu dan dikatakan lebih mudah menular serta mungkin menjejaskan keberkesanan vaksin Covid-19 sedia ada.

Jepun didakwa menyembunyikan kes jangkitan virus paling berbahaya itu walaupun kebimbangan semakin meningkat tentang ancaman Lambda di tengah-tengah penularan varian Delta yang menyebabkan lonjakan kes jangkitan secara luar biasa di seluruh dunia.

Ia hanya didedahkan kepada orang ramai hampir tiga minggu selepas kes jangkitan Lambda itu dikenal pasti tanpa memberi sebab jelas ia berbuat demikian.

Laporan itu ditemui dalam rekod penjejakan varian Inisiatif Global mengenai Perkongsian Semua Data Influenza (GISAID) yang mengesan virus bermutasi Covid-19 di setiap negara. GISAID mendapati kes jangkitan Lambda dikenal pasti di Tokyo melalui individu asimptomatik yang melakukan perjalanan dari Peru.


Virus bermutasi itu menyumbang lebih 90 peratus kes jangkitan di Peru.
Individu tersebut kemudiannya menjalani kuarantin di lapangan terbang. Pihak berkuasa cuba meredakan kekhuatiran banyak pihak dengan menyatakan ia percaya Lambda tidak menular dalam kalangan komuniti tempatan.

Punca sebenar pihak berkuasa tidak mendedahkan kes jangkitan Lambda itu terus mencetuskan tanda tanya. Segelintir pihak membuat spekulasi ia mungkin bertujuan untuk melindungi penganjuran Sukan Olimpik di tengah-tengah musim pandemik bagi mengelakkan ia dibatalkan sekali lagi. Ia hanya didedahkan pada Jumaat minggu lalu menjelang penghujung acara berprestij itu.

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.