502 polis, ahli keluarga positif Covid-19

Polis DiRaja Malaysia Kontinjen Johor



JOHOR BAHRU: Seramai 502 anggota polis di negeri ini dan ahli keluarga mereka direkodkan positif Covid-19 sejak pandemik itu melanda negara bermula Mac tahun lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, daripada jumlah itu, 282 kes melibatkan pegawai dan anggota manakala 220 kes melibatkan ahli keluarga masing-masing.

Menurut beliau, dalam tempoh itu empat kematian membabitkan dua anggota dan dua ahli keluarga direkodkan.

“Dalam tempoh sama, seramai 2,518 pegawai dan anggota polis Kontinjen Johor serta 446 ahli keluarga mereka telah menjalani tempoh kuarantin.

“Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes bersabit Covid-19 dalam polis Kontinjen Johor sama ada positif atau dikuarantin sebanyak 3,466 kes,” kata beliau pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini hari ini.


Ayob Khan Mydin Pitchay menunjukkan gambar Nur Fatin Shaera Md. Aris yang dicari bagi membantu siasatan kes pengubahan wang haram. - GAMBAR RAJA JAAFAR RAJA ALI
Sementara itu, Ayob Khan meminta bantuan orang awam untuk mengesan seorang wanita bernama Nur Fatin Shaera Md. Aris untuk membantu siasatan polis.

Alamat terakhir wanita berkenaan adalah di Pos 51, Kampung Parit Bingan, 86400, Parit Raja, Batu Pahat, Johor.

Menurut beliau, wanita berusia 27 tahun itu dicari bagi membantu siasatan kes pengubahan wang haram.

Sehubungan itu, mana-mana pihak yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Asisten Superintenden Ahmad Shamsul Rebu di talian 019-738 2140 atau menghubungi mana-mana balai polis berhampiran.- UTUSAN

Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.