Lelaki bertatu di Wonogiri , Bali takut disuntik vaksin sehingga perlu dipegang banyak petugas. - Foto Tribunenews Oleh TRIBUNENEWS |
Ironi orang bertatu takut jarum vaksin
BALI: Seorang lalaki yang bertatu rupa-rupanya takut untuk disuntik vaksin Covid-19.
Ia dirakam dalam di pusat pemberian vaksin di Wonogiri di Pendopo Kecamatan Sidoharjo.
Kejadian unik itu dirakam, kemudian dimuat naik ke instagram @polres_wonogiri.
Dalam video tersebut menunjukkan seorang lelaki dewasa yang dipegang oleh banyak orang, termasuk tentera, polis dan pasukan vaksinator yang bertugas.
Pada keterangannya, dijelaskan bahawa penyebab lelaki itu perlu ditenangkan oleh banyak orang kerana ketakutan saat mahu divaksin.
Kronologi kejadian dijelaskan oleh salah satu polis yang bertugas.
“Saat itu ada yang ketakutan saat mau divaksin, perlu ditenangkan sampai berulang kali, setelah ditanya ternyata dia takut dengan jarum suntiknya,” jelas anggota polis berkenaan yang dipetik dari Tibunenews.
Polis itu menjelaskan, bahawa lelaki dalam video adalah seorang pemandu bas asal Kecamatan Sidoharjo.
Lelaki tersebut kelihatan sangat ketakutan ketika mahu disuntik, dia berusaha untuk lari saat petugas menyiapkan vaksin yang siap untuk disuntik.
“Akhirnya dapat disuntik, apabila seorang petugas kesihatan menampar-nampar perlahan pipinya hingga dia mukanya tertoleh ke tempat lain, jadi saat dia leka itu, petugas lainnya terus menyuntik,” kata dia.
Setelah selesai disuntik, seluruh petugas yang bertungkus lumus itu menenangkan lelaki itu sambil memberi tepukan kepadanya yang ketakutan.