GPS tidak hantar SD sokong calon PM ke-9

Pengerusi GABUNGAN Parti Sarawak (GPS) Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg



GABUNGAN Parti Sarawak (GPS) kekal dengan pendirian untuk tidak mencampuri urusan pemilihan Perdana Menteri ke-9.

Pengerusinya Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, kuasa itu diserahkan kepada kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Saya serah kepada kebijaksanaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong,” katanya dipetik Astro Awani, hari ini.

Ini bermakna, Ahli Parlimen GPS tidak akan menghantar sokongan bertulis menyatakan calon Perdana Menteri baharu kepada Speaker Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), Tan Sri James Jemut Masing, ini kerana jika seseorang calon dinamakan, ia dipilih berdasarkan sokongan dalam sesebuah parti demi mencapai kestabilan.

Terdahulu, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah meletak jawatan sebagai Perdana Menteri selepas mendapat perkenan Seri Paduka Baginda, Isnin lalu.

Tindakan itu diambil Muhyiddin selepas 15 Ahli Parlimen Umno menarik sokongan terhadapnya sebagai Perdana Menteri dan Kerajaan Perikatan Nasional.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.