Anwar bakal hilang satu undi sokongan, Azis langgar kerahsiaan Agong

Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Mohd Azis Jamman menunjukkan surat akuan beliau menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga mencetuskan persoalan mengenai kerahsiaan yang dititahkan Yang di-Pertuan Agong.



Sudahlah tidak disokong oleh muridnya sendiri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bagi membolehkan beliau merebut jawatan Perdana Menteri yang telah lama diidam-idamkan, malah Datuk Seri Anwar Ibrahim kini bakal kehilangan satu undi menyokong daripada Parti Warisan Sabah (Warisan).

Ia susulan tindakan Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Mohd Azis Jamman menayangkan surat akuan (SD) sokongan kepada Anwar yang kemudian tular di media sosial, hari ini.

Sebelum ini, Yang di-Pertuan Agong menitahkan semua Ahli Parlimen menyerahkan SD itu kepada Istana Negara sebelum jam 4 petang hari ini.

SD itu perlu melengkapkan butiran yang disenaraikan antaranya meletakkan hanya satu calon Perdana Menteri sahaja, tanda tangan anggota Dewan Rakyat, cop rasmi saksi dan tarikh surat akuan.

Ahli-ahli Dewan Rakyat juga diminta untuk menjaga kerahsiaan surat akuan berkenaan sehingga satu keputusan diputuskan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.


Azis Jamman (MP Warisan) melanggar perkara 7 dan 8 untuk kerahsiaan istana sehingga dimaklumkan.
Seri Paduka mahu semua 220 ahli Dewan Rakyat mempersembahkan kepada baginda surat akuan yang menyatakan seorang ahli Dewan Rakyat diberi kepercayaan ahli Dewan Rakyat menjadi Perdana Menteri baharu.

Baginda turut menegaskan surat akuan itu bertujuan membantu baginda membuat keputusan bagi melantik seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hemat baginda mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat seperti diperuntukkan mengikut Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Bagaimanapun, hari ini, Ahli Parlimen Sepanggar daripada Warisan itu menayangkan SD beliau yang menyokong Anwar yang kemudian tular di media sosial.

Ramai pihak yang menyifatkan tindakan itu tidak menjaga kerahsiaan yang diminta oleh yang di-Pertuan Agong.

Bagaimanapun, tidak pasti sama ada perbuatan itu boleh menyebabkan SD beliau ditolak.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.