Catat suhu 50°C, Itali paling panas di Eropah

Sebahagian Amerika Syarikat (AS) juga mengalami kemarau hebat bersejarah.



SICILY, ITALI – Pulau Sicily di Itali dilaporkan berkemungkinan telah mencapai suhu terpanas yang pernah direkodkan di Eropah untuk minggu ini, iaitu pada 50 darjah Celsius, lapor akhbar New York Post semalam.

Sebuah pekan berhampiran bandar Syracuse, Floridia dilaporkan mencatatkan bacaan suhu setinggi 49 darjah Celsius pada Rabu lepas.

Sekiranya disahkan, ia akan menjadi rekod suhu tertinggi di Eropah, mengatasi Athens, Greece, pada suhu 48 darjah Celsius pada tahun 1977.

Pegawai Pertubuhan Meteorologi Dunia pada semalam berkata, proses untuk mengesahkan rekod tersebut akan mengambil masa selama dua bulan.

Sementara itu, Sepanyol yang terletak bersempadan dengan Itali turut mencatatkan rekod suhu yang tinggi iaitu sehingga 47 darjah Celsius semalam.


Sebuah termometer di sebuah farmasi di Rom mencatatkan bacaan suhu sebanyak 44 darjah Celsius pada kelmarin. – AFP
Ia sekali gus memecah rekod kebangsaan negara itu pada 46.8 darjah Celsius yang dicatatkan di Cordoba pada Julai 2017.

Gelombang panas berterusan di rantau itu melanda penduduk di negara-negara Eropah selatan dan diburukkan lagi dengan bencana kebakaran hutan yang berlaku di Greece, Turki, Itali dan Algeria. – AGENSI

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.