SEORANG lelaki menemukan wang tunai bernilai RM400,996 di bawah peti sejuk terpakai yang dibeli dalam talian.– AGENSI |
SEOUL: Seorang lelaki di Korea Selatan terkejut selepas menemukan wang tunai bernilai 110 juta won (RM400,996) disembunyikan di bawah peti sejuk terpakai yang dibelinya secara dalam talian.
Lapor portal UPI, polis sedang menjalankan siasatan untuk menentukan sumber wang tersebut.
Menurut polis di Pulau Jeju, lelaki berkenaan membuat laporan pada 6 Ogos lalu.
Katanya, lelaki itu menemukan bungkusan wang tersebut dilekatkan di bahagian bawah peti sejuk ketika sedang membersihkannya.
Penyiasat berkata, mereka sedang mengenal pasti penjual peti sejuk itu dan sedang menyiasat individu yang terlibat dalam penghantaran peralatan itu.
Berdasarkan Akta Hilang dan Jumpa Korea Selatan, wang tersebut akan diberikan kepada individu yang menemukannya sekiranya pemilik sebenar gagal dikesan.
Penyiasat berkata, mereka sedang mengenal pasti penjual peti sejuk itu dan sedang menyiasat individu yang terlibat dalam penghantaran peralatan itu. |