SUASANA lengang di D’ Ketapang Chalet, Teluk Ketapang di Kuala Nerus, semalam. |
KUALA NERUS: Kebanyakan pengusaha inap desa (homestay) di Teluk Ketapang di sini masih belum menerima sebarang tempahan walaupun kerajaan memberikan kelonggaran untuk sektor sosial beroperasi sejak semalam.
Bercakap kepada Utusan Malaysia, Bendahari Koperasi Homestay Teluk Ketapang, Md. Azmi A. Aziz berkata, kelembapan itu berkemungkinan disebabkan jumlah kes baharu Covid-19 yang banyak dikesan di lokaliti berdekatan termasuk Seberang Takir dan Wakaf Tembesu di samping kawasan jiran, Manir di Kuala Terengganu.
Katanya, keadaan itu sekali gus menyekat pelanggan dari daerah lain untuk menginap di homestay ahli-ahlinya susulan bimbang risiko jangkitan virus.
“Kesemua 29 ahli kita yang aktif memaklumkan belum menerima tempahan lagi setakat ini bagi penginapan inap desa, kampungstay dan bilik-bilik pada hujung minggu atau seterusnya.
“Bagaimanapun, kita sudah membuat promosi serta iklan di pelbagai platform dan menjangkakan sambutan akan kembali rancak jika kes dalam lokaliti berkurangan,” katanya ketika ditemui hari ini.
MD. AZMI AZIZ |
“Kami masih keliru mengenai kebenaran itu kerana prosedur operasi standard (SOP) yang tidak jelas, jadi, bagi mengelakkan risiko Covid-19, kita tidak menawarkan perkhidmatan pengalaman bersama keluarga, sebaliknya terhad kepada kediaman rumah rehat,” katanya.
Sementara itu, pemilik D’ Ketapang Chalet, Salmah Hassan, 66, bersedia menyambut kedatangan tetamu pada bila-bila masa kerana dia dan keluarga sudah lengkap menerima dua dos vaksinasi. SALMAH Hassan membersihkan inap desa miliknya susulan kebenaran untuk sektor sosial beroperasi kembali ketika ditemui D’ Ketapang Chalet, Teluk Ketapang di Kuala Nerus, semalam.
Katanya, chalet tujuh unit yang diusahakannya sejak 2010 itu berharga RM60 satu malam dan pelanggan berpeluang menghuni secara bilik mahu pun rumah.
SALMAH Hassan membersihkan inap desa miliknya susulan kebenaran untuk sektor sosial beroperasi kembali ketika ditemui D’ Ketapang Chalet, Teluk Ketapang di Kuala Nerus, semalam. |