Panipak Wongpattanakit meraikan kejayaannya memenangi emas di podium.
TOKYO: Panipak Wongpattanakit menambah gelaran juara Olimpik dalam senarai kejayaannya apabila merampas pingat emas daripada tangan atlet Sepanyol, Adriana Cerezo Iglesias pada minit akhir dalam acara taekwondo wanita kategori 49 kilogram, hari ini.
Selepas merangkul emas, atlet berusia 23 tahun itu melompat ke dakapan jurulatihnya yang kemudian menjulang anak didiknya itu yang kini bergelar juara Olimpik.
Pada aksi final itu, Wongpattanakit ketinggalan 9-10 ketika pertarungan berbaki sembilan saat sebelum dia mengasak lawannya sekali gus mendapat dua mata penting untuk memenangi pertembungan itu dengan 11-10.
Thailand sebelum ini hanya meraih pingat emas dalam acara angkat berat dan tinju - sekadar memenangi beberapa pingat perak dan gangsa dalam taekwondo dengan Wongpattanakit merangkul gangsa di Rio 2016.
Cerezo Iglesias sebelum itu mencipta kejutan apabila menundukkan juara Olimpik dua kali dari China, Wu Jingyu di peringkat suku akhir.
Dia juga turut menewaskan atlet di ranking kedua dunia, Tijana Bogdanovic di peringkat 16 terbaik.
Atlet berusia 17 tahun itu sudah pun bergelar juara Eropah di peringkat junior (2012) dan senior (2021). -Agensi
Selepas merangkul emas, atlet berusia 23 tahun itu melompat ke dakapan jurulatihnya yang kemudian menjulang anak didiknya itu yang kini bergelar juara Olimpik.
Pada aksi final itu, Wongpattanakit ketinggalan 9-10 ketika pertarungan berbaki sembilan saat sebelum dia mengasak lawannya sekali gus mendapat dua mata penting untuk memenangi pertembungan itu dengan 11-10.
Aksi Panipak Wongpattanakit (kanan) menentang Thi Kim Tuyen Truong (kiri) dari Vietnam dalam acara taekwondo.
Kemenangan itu membolehkan atlet taekwondo nombor satu dunia itu menghadiahkan pingat pertama buat negaranya dalam acara sukan tempur itu dan tampil sebagai juara dunia, dia menjadi pilihan utama pada temasya di Tokyo.Thailand sebelum ini hanya meraih pingat emas dalam acara angkat berat dan tinju - sekadar memenangi beberapa pingat perak dan gangsa dalam taekwondo dengan Wongpattanakit merangkul gangsa di Rio 2016.