Najib ‘menganjing’ kenaikan harga KFC

Kickbola.netNajib ‘menganjing’ Saifuddin: Dua minggu menteri siasat, apa keputusannya?



Bekas Perdana Menteri, Najib Razak terus “menganjing” Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Saifuddin Nasution di media sosial berhubung kenaikan harga makanan segera, khususnya Kentucky Fried Chicken (KFC) secara mendadak baru-baru ini.

Menerusi satu hantaran di Facebook, katanya, menteri sebelum ini kata akan siasat mengapa harga KFC naik begitu ketara selepas SST (Cukai Jualan dan Perkhidmatan) menggantikan GST (Cukai Barangan dan Perkhidmatan).

“Dua minggu dia siasat. Setelah puas menyiasat, apa keputusannya?

"Kos pengeluaran sudah meningkat. Sebenarnya, tidak perlu siasat pun sudah tahu.

Bekas Perdana Menteri, Najib Razak
“Tanya mana-mana rakyat pun sudah tahu harga barang dah naik selepas SST ganti GST. Selepas mendapat jawapan dari KFC, apa langkah yang menteri ambil?

“Dia kata tak boleh buat apa-apa. Dia kata harga KFC bukan di bawah barang-barang kawalan harga walaupun KFC di Malaysia ialah milik penuh kerajaan Pakatan Harapan (PH) negeri Johor,” katanya.



Menurut Najib, jika KFC milik kerajaan PH pun boleh menerima kesan besar dari kos pengeluaran yang meningkat, bagaimana pula dengan barang-barang yang lain?

“Sama-sama naik kerana semua sudah Senyap-Senyap Tibai (SST) oleh kerajaan PH dan kita semua Sama Sama Terkena.

“Sebelum mansuhkan GST, saya berulang-kali memberi amaran bahawa SST akan menaikkan harga lebih tinggi berbanding GST,” katanya.

Penjelasan menteri

Saifuddin pada sidang medianya, selepas menyempurnakan Anugerah Penerima Cemerlang (APC) di kementeriannya di Putrajaya hari ini, memberitahu wartawan, beliau telah bertemu dengan pemilik KFC iaitu QSR Brands (M) Holdings Bhd manakala pertemuan dengan pemilik syarikat McDonalds akan diadakan pada hari ini untuk mendapatkan penjelasan mengapa harga makanan segera itu dinaikkan secara mendadak.

YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail - Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia
Katanya, pada pertemuan Jumaat lalu, QSR Brands, mendakwa antara faktor kenaikan harga yang dibangkitkan oleh syarikat tersebut adalah peningkatan kos dalam rantaian pengeluaran.

“KFC juga terikat dengan lesen francais antarabangsa, ada beberapa syarat yang dipenuhi, contohnya bahan-bahan dalam resipi (ingredients).

“Dalam perjanjian, mereka disyaratkan untuk membeli bahan daripada pembekal yang telah disenaraikan walaupun ada pembekal yang menjualnya dengan harga lebih murah.

“Itu kononnya untuk menjaga keseragaman rasa, rempah ratus dan sebagainya.

“Itu alasan mereka,” katanya.

Akhbar baru-baru ini melaporkan QSR Brands mengesahkan berlakunya peningkatan harga jualan bagi set menu tertentu di rangkaian restoran makanan segera KFC.

Mengulas lanjut, Saifuddin berkata, pihaknya juga telah menghantar pegawai untuk menjalankan siasatan dan notis mengikut Seksyen 21, Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 telah dikeluarkan terhadap QSR Brands.

Katanya, biarpun telah melakukan pertemuan tersebut, pihak QSR Brands tetap perlu menghantar jawapan bertulis terhadap pihak kementerian.

Sementera itu, Saifuddin menjelaskan bahawa pertemuan dengan pemilik syarikat McDonalds akan diadakan pada hari ini.

“Saya juga akan mengadakan pertemuan dengan McDonald’s hari ini untuk membincangkan mengenai perkara sama,” katanya.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.