Badminton: Buruan pingat Peng Soon-Liu Ying berakhir di Olimpik, tewas kepada pasangan Jerman

Kickbola.net Goh Liu Ying (depan) dan Chan Peng Soon masih belum mencatat kemenangan pada Sukan Olimpik Tokyo 2020.



Peluang Peng Soon-Liu Ying ke suku akhir tertutup

CABARAN beregu campuran negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying pada Sukan Olimpik Tokyo 2020 hampir sampai ke penghujung apabila mencatat kekalahan kedua pada aksi peringkat Kumpulan D.


Pada perlawanan yang berlangsung di Musashino Forest Sport Plaza sebentar tadi, beregu No.7 dunia itu tewas 12-21, 15-21 kepada pasangan Jerman, Mark Lamsfuss-Isabel Herttrich.


Meskipun memiliki rekod tiga kemenangan ke atas gandingan Jerman itu, namun ia langsung tidak memberi kelebihan buat Peng Soon-Liu Ying pada perlawanan tersebut.

Sebaik perlawanan bermula, Jerman sudah menunjukkan penguasaan di set pertama apabila menampilkan aksi lebih baik dan jauh meninggalkan pemenang pingat perak Olimpik 2016 dengan mendahului 11-4.


Meskipun Peng Soon-Liu Ying cuba mengejar, namun mereka gagal menghalang beregu Jerman yang berada pada kedudukan ke-15 dunia itu untuk menamatkan set pertama menerusi kemenangan 21-12.

Bersambung set kedua, kedua-dua pasukan dilihat saling bertukar servis dan berbalas serangan sebelum Liu Ying dilihat mengalami kecederaan pada lututnya.

Keadaan itu sekali gus membuka ruang buat Lamsfuss-Herttrich menggunakan kesempatan dengan menjadikan Liu Ying sebagai sasaran sebelum melengkapkan kemenangan 21-15. – K! ONLINE


Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.