Kes Covid-19 masih 5 angka, 17,786 kes hari ini

Kes Covid-19 masih 5 angka, 17,786 kes hari ini



KUALA LUMPUR - Malaysia masih kekal merekodkan kes harian Covid-19 lima angka apabila sebanyak 17,786 kes baharu direkodkan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah keseluruhan kes Covid-19 yang dicatatkan di negara ini ialah 1,113,272 kes.

Menurutnya, Selangor melaporkan sebanyak 6,400 kes, diikuti Kuala Lumpur (1,967), Johor (1,144); Sabah (1,035), Sarawak (485) dan Negeri Sembilan (929).

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.