COVID-19: Malaysia catat 138 kematian, rekod tertinggi setakat ini

Kickbola.net Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.



SHAH ALAM - Jumlah kematian direkodkan hari ini sebanyak 138 kes adalah yang tertinggi sejak pandemik melanda negara, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Menurutnya, Jumlah kes baharu positif COVID-19 di Malaysia masih lagi merekodkan angka melebihi 10,000 kes dengan 12,528 kes dilaporkan sepanjang 24 jam lalu.

Menerusi ciapan di laman Twitternya, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes kumulatif Malaysia kini ialah 905,851 kes.

Menurutnya, Selangor terus mencatatkan kes tertinggi harian namun kali ini kurang daripada 5,000 kes dengan merekodkan 4,985 kes.

"Pertambahan itu menjadikan jumlah keseluruhannya sebanyak 905,851 kes," katanya.


Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.