Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) baru sahaja mengumumkan melalui laman web rasmi berkaitan status permohonan i-Citra.
Sedia maklum, bahawa permohonan i-Citra sudah dibuka bermula 12 Julai lalu. Kini, para pemohon sedang menunggu status kelulusan permohonan.
SEMAKAN STATUS PERMOHONAN i-CITRA
Semakan status permohonan i-Citra sudah boleh dibuat.Daripada kenyataan yang dikeluarkan oleh KWSP, pemohon boleh menyemak status permohonan i-Citra dari semasa ke semasa melalui portal rasmi i-Citra.
Namun, buat masa kini, status yang akan dipaparkan hanyalah "Permohonan Telah Diterima".
PEMBAYARAN BERMULA OGOS
Selain paparan status permohonan yang ditunjukkan, paparan lainnya juga terdapat- Jika diluluskan, pembayaran akan dibuat bermula Ogos 2021
- Seperti yang dipaparkan di bawah
- Layari portal rasmi i-Citra di https://icitra.kwsp.gov.my/check-status
- Masukkan nombor Kad Pengenalan atau Pasport atau lain-lain
- Masukkan nombor telefon bimbit yang anda daftarkan
- Klik 'Saya Bukan Robot"
- Klik 'Semak Status'
- Status permohonan dipaparkan
Tags