Strategi tanpa Lockdown Lebih 1,000 kematian COVID-19 di Sweden




SEORANG lelaki memakai topeng muka ketika ditemui di Sodermalm, Stockholm. - Foto AFP
Strategi tanpa Lockdown Lebih 1,000 kematian COVID-19 di Sweden

Sweden dilaporkan mencatat lebih 1,000 kematian akibat COVID-19, hingga ramai pakar membidas cara pihak berkuasa menangani krisis berkenaan.

Agensi Kesihatan Awam Sweden merekodkan sebanyak 11,445 kes positif virus terbabit dengan 1,033 kematian dicatatkan setakat ini.


Pakar Epidemiologi, Anders Tegnell bagaimanapun berkata, jumlah kematian dijangka meningkat kerana laporan terbaru masih belum diperoleh, disebabkan sambutan Easter hujung minggu selama empat hari.


"Laporan kematian harian antara jumlah yang kita boleh percaya buat masa ini kerana kebiasaannya kita banyak ketinggalan (jumlah sebenar) terutama pada hujung minggu," katanya.

Sweden masih belum melaksanakan perintah berkurung bagi membendung penularan COVID-19 seperti yang dibuat kebanyakan negara Eropah lain, sebaliknya hanya meminta rakyatnya supaya mengamalkan penjarakan sosial.


Kerajaan turut tidak membenarkan perhimpunan melebihi 50 orang dan menyekat lawatan ke rumah jagaan orang tua. - AFP

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.