MAKLUMAT AWAL GEMPA BUMI DI DAERAH RANAU.

Gempa yang dikesan di kedalaman 54 kilometer di bawah tanah itu dirasai di sekitar Ranau, Tambunan, kawasan pedalaman dan pantai barat termasuk Tuaran, Kota Kinabalu, Beaufort dan Kota Belud.
Untuk maklumat awal satu gegaran gempa bumi telah berlaku di Daerah Ranau pada 5/6/15 jam 0715 hrs dan berlaku selama lebih kurang 30 saat dengan gegaran yg kuat. Setakat ini berapa premis perniagaan di pekan Ranau pecah cermin.

Picture
SILING sebuah bangunan di Ranau rosak akibat gempa bumi. - Foto BERNAMA

Gempa yang dikesan di kedalaman 54 kilometer di bawah tanah itu dirasai di sekitar Ranau, Tambunan, kawasan pedalaman dan pantai barat termasuk Tuaran, Kota Kinabalu, Beaufort dan Kota Belud. Pihak admin mendapat tahu bahawa berlaku gegaran di sebahagian Sabah. Buat masa sekarang diminta jangan lakukan aktiviti di tebingan pantai dahulu.

Sabah, 5 Jun - Satu gegaran kuat dirasai oleh penduduk di sekitar Kota Kinabalu hari ini kira-kira jam 7.15 pagi tadi.

Menurut orang ramai, gegaran boleh dirasai selama 5 saat.



Memetik laporan dari Jabatan Meteorologi Malaysia, gegaran itu disebabkan oleh satu gempa bumi dengan kekuata 5.9 skala Richter yang berpusat di 6.1 utara, 116.6 timur, kira-kira 16 kilometer Barat Daya Ranau.


Seluruh mahasiswa UMS berlari keluar daripada bilik masing-masing apabila berlaku gegaran sekuat 6.0 Skala Richter sebentar tadi. Semua mahasiswa sedang berkumpul di luar untuk menyelamatkan diri.

Kejadian mencetuskan perasaan panik orang ramai. Ramai pengguna media sosial memuat naik gambar kejadian di media sosial.






Antara gambar kejadian yang telah dimuat naik oleh pengguna di media sosial.






Manakala kerosakan di IPD setakat ini kebocoran paip tangki air di belakang IPD.
Picture
A Moderate earthquake has occurred at 07:15am 05/06/15,6.1N 116.6E with Magnitude 5.9 and Depth 54km, Borneo. 16km northwest of Ranau, Sabah.Tremors felt in Ranau, Tambunan, Pedalaman, Tuaran, K.Kinabalu, K.Belud, Sabah. MMD

Pihak Bomba dan penyelamat telah dihubungi untuk pemeriksaan bangunan IPD.



Ranau, Sabah dilanda gempa bumi 5.9 Richter

Satu gempa bumi dengan kekuatan 5.9 pada skala Richter berpusat di 6.1 utara, 116.6 timur, kira-kira 16 kilometer di barat daya Ranau berlaku jam 7.15 pagi tadi. Gempa yang dikesan di kedalaman 54 kilometer di bawah tanah itu dirasai di sekitar Ranau, Tambunan, kawasan pedalaman dan pantai barat termasuk Tuaran, Kota Kinabalu, Beaufort dan Kota Belud.


Difahamkan, beberapa premis perniagaan termasuk bank dan pejabat kerajaan mengalami keretakan serta cermin pecah berikutan gegaran kuat berkenaan. Di Kota Kinabalu, penduduk di apartmen serta kakitangan awam dan swasta di bangunan tinggi diarahkan mengosongkan premis serta-merta.

Picture
PENGUNJUNG dan pekerja di sebuah pusat beli-belah sekitar Kota Kinabalu keluar bagi tujuan berjaga-jaga berikutan berlakunya gegaran selepas kejadian gempa bumi. - Foto Mohd Adam Arinin

Info terkini: Ramai pendaki yang masih diatas gunung Kinabalu sekarang... Ada sumber mengatakan yang mereka terperangkap...

Picture
KEADAAN di dalam sebuah premis di Ranau selepas gempa bumi pagi tadi. Satu gempa bumi dengan kekuatan 6.0 pada skala Richter berpusat di 6.1 utara, 116.6 timur, kira-kira 16 kilometer di barat daya Ranau berlaku jam 7.15 pagi tadi. - Foto ihsan pembaca BH

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date