TERKINI! Guru besar antara 4 ditahan mengikut OSA kebocoran kertas UPSR


TERKINI! Guru besar antara 4 ditahan mengikut OSA kebocoran kertas UPSR

Polis menerima empat hari perintah reman terhadap empat individu, termasuk guru besar sebuah sekolah di Pulau Pinang yang kini disiasat mengikut Akta Rahsia Rasmi berhubung kebocoran kertas soalan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

Suspek lain adalah dua guru dari Pulau Pinang dan seorang ejen insurans dari Kuala Lumpur.

Perintah reman itu dikeluarkan selepas polis membawa suspek berusia lingkungan 30-an hingga 50-an di hadapan Majistret Nur Dahlia Azmi di Putrajaya hari ini.

Peguam mereka Ester Tan Siew Choo berkata, polis memohon permit selama tujuh hari, namun majistret hanya memberikan empat hari. – 15 September, 2014.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.