TERKINI: Buaya Tembaga Ditangkap di Likas Kota Kinabalu

Picture
Buaya Tembaga Ini Ditangkap di Likas Kota Kinabalu

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)



Jika ada orang bertanya, "Betulkah ada Buaya di Kompleks Sukan Likas ?" Apa kamu akan jawab ? Di sini ada jawapannya..

Buaya yang sering kelihatan di Taman Rekreasi Kompleks Sukan Likas sejak seminggu lalu berakhir selepas reptilia itu berjaya ditangkap kelmarin.

Reptilia yang terkenal di Sarawak dengan jolokan Bujang Senang itu difahamkan termasuk ke dalam perangkap khas yang dipasang oleh sepasukan anggota Unit Penyelamat Jabatan Hidupan Liar (JHLS) Sabah kira-kira jam 8 pagi.


Renjer Kanan Bahagian Penguatkuasa dan Pelesenan JHLS Sabah Melvin Richard Amandus berkata, sebaik menerima laporan daripada aduan orang awam berhubung penemuan buaya berkenaan, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian.

“Kita menerima laporan daripada orang awam yang sedang menjalankan aktiviti riadah bahawa reptilia berkenaan telah memasuki perangkap yang dipasang di tasik itu.



“Setibanya di situ, kita dapati reptilia jenis buaya tembaga berkuruan 1.5 meter panjang dan berdasarkan maklumat awal ia termasuk ke dalam tasik itu daripada kawasan luar,” katanya.

Menurut beliau, pihak JHLS Sabah telah menerima maklumat berhubung kehadiran buaya itu sejak lebih seminggu lepas dan operasi memerangkap terus dijalankan di kawasan terbabit.


“Buaya itu akan dihantar ke Taman Hidupan Liar Lok Kawi dekat sini untuk tindakan lanjut,” katanya lagi. -UTUSAN BORNEO-

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.