Kecewa dan menyusahkan, itu antara pandangan ibu bapa yang ditemui susulan penangguhan kertas Sains bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014.
Kertas Peperiksaan Sains 018, 028, 038 bagi UPSR 2014 yang dijadualkan berlangsung pada Khamis ditangguhkan pada 30 September kerana didapati bocor.Ibubapa menyifatkan perkara ini tidak seharusnya berlaku dan membebankan pelajar itu sendiri.
Ada di antara ibubapa yang sudah merancang untuk bercuti, namun terpaksa ditundakan hasrat berkenaan disebabkan kertas matapelajaran Sains.
Selain merasakan tarikh penangguhan itu terlalu panjang, ibubapa juga bimbang semangat para pelajar akan merundum.
Sementara itu, hasil tinjauan mendapati, pelajar gembira dengan penangguhan itu kerana ada lebih masa untuk belajar.
Tetapi pada masa sama mengakui kecewa kerana tempoh penangguhan itu dianggap mereka sangat lama.
Hari ini sepatutnya menjadi hari terakhir peperiksaan UPSR tahun ini.
Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memohon maaf kepada ibu bapa pelajar UPSR kerana kebocoran kertas subjek Sains menyebabkan ia terpaksa ditangguhkan.