TEHRAN: Sebuah pesawat penumpang kecil terhempas ketika hendak berlepas dari lapangan terbang Mehrabad pada 9.18 pagi ini, mengakibatkan lebih 40 orang terbunuh.
Stesen televisyen kerajaan melaporkan pesawat Taban Air terhempas ketika berlepas dari lapangan terbang di barat Tehran menuju ke bandaraya Tabas.Iran sudah beberapa kali menghadapi kejadian pesawat terhempas, atas alasan usia pesawat yang lama dan kelemahan penyelenggaraan.
Kebanyakan pesawat Boeing Iran Air dibeli sebelum Revolusi Islam 1979, yang menjejaskan perhubungan dengan Amerika Syarikat dan Eropah.
SEBUAH pesawat penumpang kecil terhempas ketika hendak berlepas dari lapangan terbang Mehrabad, Tehran pada 9.18 pagi ini, mengakibatkan lebih 40 orang terbunuh. - Foto Tasnim News
|