Teori Konspirasi idea teknologi satelit oleh mangsa nahas MH17 Fatima Dyczynski



Teori Konspirasi idea teknologi satelit oleh mangsa nahas MH17 Fatima Dyczynski

Fatima Dyczynski, salah seorang penumpang MH17 yang terkorban, seorang warga Jerman. Seorang wanita yang bijak dan merupakan jurutera Sains Aeronatik dan Angkasa Lepas.

Admin tertarik dengan beliau kerana Admin pernah menonton penyampaiannya mengenai teknologi satelit yang mampu dimiliki oleh setiap orang di dunia ini.

Maksudnya disini, setiap daripada kita boleh membeli satelit kecil lalu dilancarkan di angkasa lepas dan mengorbit Bumi pada satu tempoh masa yang tertentu.

Satelit mini peribadi itu pasti akan dapat menyampaikan maklumat kepada pemiliknya tentang apa jua yang sedang berlaku samada di peringkat domestik atau antarabangsa, bergantung kepada pakej yang dipilih oleh pengguna.

Walaupun ia masih di peringkat idea, tapi jika direalisasikan maka akan berlaku satu perubahan secara besar-besaran dari segi penerimaan dan penyampaian maklumat.

Jika sekarang, laman sosial seperti FB sebagai medium alternatif menerima maklumat selain media perdana, masyarakat pasti akan berubah dari segi persepsi terhadap sesuatu maklumat.

Mungkin ia boleh dikawal secara undang-undang tapi tahukah anda, setiap benda dan perkara sudah tentu akan ada penggodam.

Begitu juga dengan teknologi satelit mini peribadi tersebut, pasti akan ada pengubahsuaian secara tidak disedari walaupun ada protokol yang mengawalnya.



Fatima Dyczynski sudah meninggal dunia, walaupun kedua ibu bapanya tidak dapat menerima kematian beliau kerana percaya akan potensi anaknya itu.

Bagi Admin, adakah ideanya akan diteruskan demi manusia sejagat ?

Ideanya jika digunakan untuk tujuan baik maka positiflah jawapannya jika tidak, ia akan menjadi sebaliknya.

Bukan apa, sumber maklumat kini dikuasai oleh golongan tertentu, jadi, maklumat yang tulen dan benar tak semuanya diketahui oleh semua lapisan masyarakat.

Jadi, kebenaran sukar untuk ditegakkan.

Ia akan hanya menjadi mimpi indah dan sering dimanifestasikan di layar perak sahaja.

Semoga ada diantara kita memiliki idea untuk kepentingan umat Islam dan seluruh manusia sejagat demi kebaikan bersama.

Subjek Konspirasi

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.