Kejadian fenomena hujan ais yang berlaku kelmarin, Ahad, di Tambunan, Sabah. |
TAMBUNAN: Penduduk beberapa perkampungan di daerah ini terkejut apabila mengalami hujan batu selama beberapa minit, petang semalam.
Hujan lebat kira-kira jam 3.30 petang disusuli hujan batu itu mengundang panik dalam kalangan penduduk, namun pada masa sama menarik perhatian ramai apabila ada mengambil gambar ketulan ais bersaiz kecil yang bertaburan di atas rumput.Kesan retak pada cermin kereta akibat daripada fonomena hujan batu di Tambunan |
Penduduk pekan Tambunan dikenali sebagai Ryan, 40, berkata kejadian itu disedarinya selepas terdengar bunyi bising di atap rumah menyebabkannya keluar untuk meninjau dan terkejut melihat ketulan kecil ais bertaburan di bumbung serta rumput.
Post by Kickbola Network.
"Perkara itu berlaku hanya beberapa minit, syukur kerana ia tidak mendatangkan kerosakan atau kecederaan kepada penduduk," katanya.
Difahamkan, gambar ketulan kecil ais itu turut dimuat naik dalam laman sosial oleh beberapa penduduk dan mendapat perhatian orang ramai.
Pada masa sama, beberapa pengguna jalan raya yang melalui pekan Tambunan turut terkejut apabila ais mencurah jatuh di cermin kenderaan.
Robert Rudy, 37, kakitangan awam di pekan Tambunan, berkata beliau dalam perjalanan pulang ke rumah melalui Kampung Karanaan apabila cermin kenderaan ditimpa ketulan ais.
"Saya dan beberapa pengguna jalan raya terpaksa memberhentikan kenderaan di tepi jalan kerana penglihatan agak terhad selain bimbang impak daripada ketulan ais itu mungkin mengakibatkan cermin kereta pecah," katanya.