Walaupun berpegang pada ideologi politik yang berbeza, bekas perdana menteri Tun Dr Mahatir Mohamad menyifatkan Karpal Singh, yang terbunuh dalam kemalangan awal pagi tadi sebagai banyak menyumbang kepada negara. Sambil mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang, katanya, Karpal sering mengkritik kerajaan apabila beliau melihat sesuatu perkara yang tidak betul.
BERITA sedih diterima sebentar tadi, Ahli Parlimen Bukit Gelugor yang juga seorang peguam terkenal, YB Karpal Singh meninggal dunia di dalam satu kemalangan maut di Lebuhraya Utara Selatan, kawasan Gopeng.
Kereta jenis Alphard yang dinaiki beliau bersama empat lagi, dikatakan bertembung dengan sebuah lori 3 tan.
Berita ini dipetik dari sebaran pelbagai sumber media sosial, twitter dan facebook. Di bawah ini dikatakan gambar sisi kenderaan yang dinaiki mendiang selepas kemalangan maut tersebut.
Satu kehilangan besar, seorang pejuang yang disegani dan dihormati oleh kawan dan lawan. Takziah buat ahli keluarga mendiang, penyokong dan pendukung DAP khasnya serta keluarga Pakatan Rakyat secara umum.