IPOH - Pemandu lori yang terbabit dalam nahas mengorbankan mendiang Karpal Singh dan pembantu peribadinya ditahan setelah didapati positif ganja.
Bagaimanapun, lelaki berusia 45 tahun itu kemudiannya dilepaskan dengan jaminan polis.Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Ng Kong Soon berkata, berdasarkan saringan awal ujian air kencing yang dilakukan, pemandu lori didapati positif ganja.
AHLI keluarga dan orang ramai mengangkat keranda Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh dirumahnya di Jalan Utama, Pulau Pinang. |
"Kita sudah ambil keterangan lelaki itu dan kini, dia sudah dibebaskan dengan jaminan polis.
"Bagaimanapun ujian makmal akan dilakukan bagi mendapatkan keputusan lebih tepat," katanya.
Lori yang membawa muatan barangan seperti bekalan simen, kepingan mozek serta besi menghala ke Ipoh itu merupakan sebuah lori syarikat pengangkutan yang berdaftar di Petaling Jaya.
Dalam kejadian itu, Karpal, 74, bersama pembantu peribadinya, Micheal Cornelius, 39, maut.
Pemandu mendiang Karpal Singh, C Selvam (tengah) menangis dan ditenangkan beberapa orang lain di luar rumah mayat di Hospital Permaisuri Raja Bainun, Ipoh, pagi tadi |
Turut berada dalam MPV berkenaan, anak Karpal, Ramkarpal Singh, 38 serta pemandu MPV, C Selvam yang tidak mengalami sebarang kecederaan.
Seorang lagi penumpang yang juga pembantu rumah warga Indonesia parah dan kini dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).
Insiden kira-kira jam 1 pagi itu berlaku, apabila MPV jenis Toyota Alphard membawa Karpal hilang kawalan sebelum merempuh bahagian belakang sebuah lori muatan 5 tan di Kilometer 306.1 Lebuhraya Utara Selatan.
'Saya Tak Tahu Itu Karpal' - Pemandu Lori
"Saya tak tahu itu Karpal," demikian reaksi pemandu lori, Abu Mansor Mohd, 45.
Menurutnya, sebaik perlanggaran berlaku, dia segera meninjau keadaan MPV berkenaan dan mendapati ada mangsa yang cedera.
Katanya, terdapat beberapa kenderaan berhenti di laluan itu dan memaklumkan mangsa yang terlibat merupakan bekas pemimpin tertinggi DAP.
"Waktu itu baru saya tahu itu Karpal, ketika itu dia berada dalam keadaan tidak sedar, sebahagian mukanya ada kesan darah," katanya.
Dalam kejadian itu, Karpal, 74, yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor bersama pembantu peribadinya, Micheal Cornelius, 39, maut.
Turut berada dalam MPV berkenaan, anak Karpal, Ramkarpal Singh, 38, namun tidak cedera, pemandu MPV, C Selvam juga tidak mengalami sebarang kecederaan.
Seorang lagi penumpang yang juga pembantu rumah warga Indonesia parah dan kini dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).
Difahamkan, semua ahli keluarga Karpal, termasuk isteri beliau sudah berada di hospital.
Insiden kira-kira jam 1 pagi itu berlaku, apabila MPV jenis Toyota Alphard membawa Karpal hilang kawalan sebelum merempuh bahagian belakang sebuah lori muatan 5 tan di Kilometer 306.1 Lebuhraya Utara Selatan.
Karpal dikatakan dalam perjalanan ke Pulau Pinang untuk menghadiri satu kes perbicaraan mahkamah, pagi ini..