Sekitar ketibaan Barack Obama di Kuala Lumpur Malaysia

Petang tadi Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama tiba di Kuala Lumpur, pesawat Air Force One dijadual mendarat di pengkalan TUDM di Sungai Besi.

Sebaik tiba, Obama akan menaiki kereta khas, sebuah Limousine dikenali Limo One dan dinamakan The Beast untuk ke destinasinya.



The Beast adalah kenderaan hebat yang selamat untuk Presiden mesikpun ditembak dan diserang dengan senjata bio-kimia.





Dan Obama pastinya akan dikawal oleh pengawal peribadi khasnya yang dipanggil The Secret Services, lelaki berkaca mata hitam memakai suit gelap dan dilengkapi pelbagai jenis senjata.










Mereka telah tiba lebih awal untuk menilai risiko keselamatan dan mengambil langkah keselamatan khas untuk Obama di setiap tempat yang akan dikunjunginya.



Secret Services ditubuhkan selepas insiden Presiden Amerika Syarikat ke 25, William McKinley ditembak pada 1901.



Secret Services telah mempelajari beberapa kesilapan ketika mengiringi lawatan Presiden Amerika Syarikat iaitu insiden yang menimpa Presiden Amerika Syarikat ke 35 John F. Kennedy di Dallas, Texas pada 22 November 1963 dan insiden ke atas Presiden Amerika Syarikat ke 40, Ronald Reagan di Washington, pada 30 Mac 1981.

Cuba teka kereta The Beast siapakah ini... Dah mai dah ... Dtg Malaysia isi laa minyak Petronas kan

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.