KANGAR: Bekas model Playboy, Felixia Yeap, 27,
berkata akan memeluk agama Islam pada bulan Ramadan ini.
Ujarnya, keputusan itu dibuat setelah mengakui dirinya memerlukan masa untuk mendalami agama itu.“Jika tiada halangan, Insya-Allah saya akan mengucap (kalimah) syahadah pada Ramadan ini bersempena dengan tarikh lahir saya pada Julai depan,” katanya di petik Harian Metro.
Felixia atau nama sebenarnya Yeap Chin Yee berkata, dia bukan sengaja menangguhkan niat murni memeluk Islam, sebaliknya perlu mempersiapkan diri secara mental dan fizikal.
“Ada sebab kenapa saya belum memeluk Islam secara rasmi. Antara yang utama, saya masih perlukan masa. Buat masa ini, saya sedaya-upaya mencari masa untuk membaca buku agama.
“Jika ada kesempatan, saya juga menghadiri kelas dan ceramah agama supaya lebih faham mengenai Islam,” katanya. .