Raja Bomoh berpengalaman selama 50 tahun itu menjadi popular apabila memberi perkhidmatannya dalam beberapa kes bencana negara termasuk kejadian Highland Tower runtuh, kes pencarian mayat semasa banjir di Kuala Dipang, Kampar Perak dan kes pembunuhan seorang ahli politik oleh Mona Fendy.
SEPANG: Kehilangan pesawat MH370 sejak Sabtu lepas turut mendapat perhatian "Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP" Ibrahim Mat Zin.
B
eliau berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini, mendakwa dijemput oleh seorang pegawai tertinggi negara bagi menggunakan kaedah ilmu tradisional dan solat hajat.
"Kami menggunakan bubu mata pancing dan teropong yang diperbuat daripada buluh untuk meminta, berdoa supaya melepaskan mangsa-mangsa yang terlibat agar dapat dijumpai secepat mungkin," katanya kepada pemberita di sini.
Beliau yang melakukan solat sunat hajat di kawasan pintu ketibaan KLIA turut mendapat perhatian orang ramai yang tidak berputus asa mendoakan pesawat yang hilang ditemui selamat.
"Bagaimanapun, saya akan kembali ke KLIA dalam masa dua hari selepas melakukan doa dengan membawa sesuatu ke sini," katanya.
Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin, 80, mendakwa dia tahu semua penumpang pesawat MH370 masih berada dalam keadaan yang selamat di satu lokasi terletak di antara Laut China Selatan, Filipina dan sebuah lagi negara asing yang tidak dapat dipastikan.
Jelasnya, pesawat MH370 berkenaan kini berada dalam dua keadaan sama ada diculik pihak tertentu atau disembunyikan alam ghaib.
Upacara ritual itu menggunakan peralatan khas iaitu teropong buluh serta bubu mata pancing sebagai simbolik untuk memperoleh alamat terkini berhubung keadaan pesawat terbabit.
Upacara yang dilakukan oleh Raja Bomoh itu turut menggunakan ayat-ayat suci al-Quran iaitu surah Nabi Yunus dan surah Yassin.
Bomoh yang mendakwa pernah menampar buaya tembaga sehingga mati itu, pihaknya telah melakukan perkara yang sepatutnya dilakukan dan yang selebihnya terserah kepada Allah SWT.
Ibrahim sebelum ini mendakwa pernah terlibat dalam membuat ramalan untuk kes antaranya berkaitan kes tragedi Highland Tower serta membatalkan ilmu hitam Mona Fendy agar hakim dapat menjalankan tugas di Mahkamah Temerloh, Pahang. - Sinar Harian
"Kami menggunakan bubu mata pancing dan teropong yang diperbuat daripada buluh untuk meminta, berdoa supaya melepaskan mangsa-mangsa yang terlibat agar dapat dijumpai secepat mungkin," katanya kepada pemberita di sini.
Beliau yang melakukan solat sunat hajat di kawasan pintu ketibaan KLIA turut mendapat perhatian orang ramai yang tidak berputus asa mendoakan pesawat yang hilang ditemui selamat.
"Bagaimanapun, saya akan kembali ke KLIA dalam masa dua hari selepas melakukan doa dengan membawa sesuatu ke sini," katanya.
RAJA BOMOH VIP DAKWA PESAWAT #MH370 DISEMBUNYIKAN ALAM GHAIB
Balai Ketibaan Lapangan Terbang KLIA gempar seketika petang semalam apabila munculnya seorang lelaki yang mendakwa dirinya Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP. Dia mendakwa dirinya mampu membuat melihat keadaan pesawat MH370 yang dilaporkan hilang sejak sabtu lalu.Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin, 80, mendakwa dia tahu semua penumpang pesawat MH370 masih berada dalam keadaan yang selamat di satu lokasi terletak di antara Laut China Selatan, Filipina dan sebuah lagi negara asing yang tidak dapat dipastikan.