Chong Wei juara Seluruh England 2014


Chong Wei juara Seluruh England

Kuala Lumpur: Juara bertahan dari China, Chen Long gagal mempertahankan kejuaraannya tahun lalu apabila tewas kepada jaguh dunia Datuk Lee Chong Wei 21-13, 21-18 dalam aksi final Seluruh England, di Birmingham, awal pagi tadi.

Lebih manis, ia adalah kemenangan ketiga buat Chong Wei di pentas itu selepas menjuarainya pada 2010 dan 2011 tetapi dirampas Lin Dan pada 2012 sebelum Chen Long meraih gelaran itu tahun lalu.

Chong Wei hanya memerlukan 59 minit untuk menundukkan jaguh nombor dua dunia itu yang sebelum ini menewaskannya di final Terbuka Korea 14-21, 15-21, Januari lalu.

Wang Shixian juara wanita



“Terima kasih kepada sokongan diberikan semua pelajar Malaysia dan penyokong yang hadir ke stadium,” katanya sebaik saja selepas perlawanan itu.

“Bagi saya, Chen Long bermain dengan sangat baik hari ini, tetapi dengan menang straight set, ia sangat bagus untuk saya kerana jika memasuki set ketiga, sudah pasti saya keletihan,” katanya.

Kemenangan itu sekali gus menyamakan semula rekod kemenangan Chong Wei kepada lapan dalam 16 pertemuan dengan Cheng Long sebelum ini.

Sementara itu, perseorangan wanita China, Wang Shixian muncul juara wanita dengan menewaskan rakan senegaranya di ranking pertama, Li Xuerui 21-19, 21-18.

Pemain nombor tiga dunia berusia 24 tahun itu hanya perlu mengambil masa 50 minit untuk menebus kekecewaan selepas tewas di final Terbuka Malaysia Maybank dan Terbuka Korea, masing-masing Januari lalu.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.