Dua penumpang meragukan dalam pesawat MH370 beli tiket bersama



Dua Penumpang MH370 Dengan Pasport Palsu Beli Tiket Pada Masa Sama.‪Pihak polis tidak mengklasifikasikan kes sebagai terrorism tetapi tidak menolak ada kemungkinan. Ini berikutan kewujudan dua penumpang misteri menaiki pesawat dengan passport palsu. Tiket dibeli secara online dan kedua-dua tiket dengan nombor siri yang berturutan. Siasatan semakin giat dijalankan.

KUALA LUMPUR: Dua individu yang didakwa menaiki pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 dengan pasport palsu, dilaporkan membeli tiket penerbangan pada masa yang sama.

Menurut laporan CCN, kedua tiket itu dibeli dari China Southern Airlines dalam mata wang Bath Thailand pada harga yang sama.

CNN melaporkan bahawa maklumat itu didapati daripada Travelsky, iaitu sistem pengesahan e-tiket rasmi China.



Nombor siri tiket-tiket itu dikatakan mengikut turutan yang menandakan ia dikeluarkan bersama.

Dua tiket yang ditempah melalui China Southern Airlines itu kedua-duanya dari KLIA menuju ke Beijing dan seterusnya ke Amsterdam.

Kemudian, pemegang pasport Itali menuju ke Copenhagen, Denmark mana kala pasport Austria ke Frankfurt, Jerman.

Sebelum ini, Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata pihak berkuasa sedang menyiasat semua penumpang yang tersenarai sebagai penumpang pesawat MH370 ekoran laporan dua lagi individu menggunakan pasport palsu.

Ini ekoran laporan media semalam bahawa dua orang lelaki yang tersenarai sebagai penumpang MH370 tidak menaiki kapal terbang tersebut, tetapi kehilangan pasport mereka.

“Kami menyiasat seluruh senarai penumpang di dalam pesawat tersebut, bukan empat orang itu sahaja,” katanya semasa suatu sidang media di Hotel Sama-Sama hari ini.

Individu pertama ialah seorang lelaki warga Itali  bernama Luigi Maraldi yang dilaporkan kini berada di Phuket, Thailand.

Individu kedua yang namanya berada di dalam senarai penumpang tetapi tidak menaiki pesawat MH370 ialah seorang warga Austria yang juga melaporkan pasportnya dicuri dua tahun lalu di Thailand.

Sementara itu, travelchinaguide.com melaporkan bahawa pemegang pasport dari 51 negara dan wilayah berikut boleh diberikan penginapan tanpa visa selama 72 jam semasa dalam transit melalui Lapangan terbang Beijing Capital (PEK) dan  Lapangan terbang Antarabangsa Shanghai Pudong (PVG) & Lapangan terbang Antarabangsa Hongqiao (SHA), lapangan Terbang Guangzhou Baiyun (CAN), Lapangan terbang Antarabangsa Chengdu Shuangliu (CTU), Lapangan terbang Antarabangsa Shenyang Taoxian (SHE) dan Lapangan terbang Antarabangsa Dalian (DLC):

Argentina, Austria, Australia, Belgium, Albania, Bosnia Herzegovina, Brazil, Brunei, Bulgaria, Canada, Chile, Croatia, Cyprus, Republik Czech, Denmark, Estonia, Finland, Perancis, Germany, Greece, Hungary, Iceland, Ireland, Itali, Japun, Latvia, Lithuania, Luxembourg, Macedonia, Malta, Mexico, Netherlands, New Zealand, Poland, Portugal, Qatar, Republik Montenegro, Romania, Russia, Serbia, Singapura, Slovakia, Slovenia, Korea Selatan, Sepanyol, Sweden, Switzerland, United Arab Emirates, Ukraine, United Kingdom, Amerika Syarikat.t.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.