Anak kepada pasangan rakyat Malaysia yang ditahan pihak berkuasa Sweden untuk siasatan kerana memukul tangan seorang daripada anak yang tidak bersolat merayu supaya diletakkan dalam penjagaan keluarga Melayu Islam dari Malaysia.
Aisyah, 14, anak sulung pasangan Azizul Raheem Awalludin dan Shalwati Norshal, menyuarakan keinginan itu ketika mengadakan perjumpaan dengan wakil Kedutaan Malaysia dan Khidmat Sosial Sweden semalam.
GAMBAR kenangan Shalwati Norshal (kanan)yang ditahan di Sweden dengan suaminya bersama empat anaknya yang dimuat naik saudara pasangan terbabit di laman Facebook.
"Kami tidak mempunyai masalah dengan keluarga angkat sekarang, mereka jaga kami tapi kami tidak selesa bila perlu tinggal dengan keluarga berlainan agama.
"Susah untuk kami membiasakan diri. Jadi Aisyah rasa lagi senang dan selesa untuk kami bersama keluarga Melayu beragama Islam," katanya ketika dihubungi hari ini.
Difahamkan, pasangan suami isteri itu yang ditahan pada 18 Dis lalu sudah memohon kepada Khidmat Sosial Sweden untuk menyerahkan hak penjagaan sementara anak-anak mereka kepada keluarga angkat beragama Islam daripada kalangan kakitangan Kedutaan Malaysia di negara berkenaan.
"Khidmat Sosial sudah janji dengan kami untuk carikan keluarga Islam dari Malaysia...mungkin kami akan dapat keluarga angkat baharu dalam masa terdekat," katanya.
Aisyah berkata, perjumpaan kira-kira sejam setengah itu dengan wakil Khidmat Sosial Sweden dan Kedutaan Malaysia itu adalah bagi membincangkan hal berkaitan ibu bapa mereka.
Pada masa sama, anak pasangan itu terus meluahkan perasaan sedih dengan ketiadaan ibu bapa mereka di sisi sejak sebulan lalu.
"Kehidupan jadi susah bila mummy dan daddy tiada di samping kami... kami kena berdikari, pergi sekolah sendiri.
"Setiap pagi kena naik kenderaan awam macam bas atau kereta api, dengan keadaan cuaca yang sejuk.. Kami tidak ada bekalan baju sejuk yang mencukupi," katanya.
Aisyah berkata, setiap hari selepas sekolah mereka akan pulang ke rumah keluarga angkat dalam keadaan sejuk dan gelap dan keadaan itu membuatkan mereka sedih kerana sebelum ini mereka sentiasa dijemput ibu bapa mereka.
Dalam Facebook miliknya, Aisyah menulis: 'Ya Allah...please save our family...our parents...we need them in our life...we miss them so much...we want to meet them...' (Ya Allah..tolong selamatkan keluarga kami...ibu bapa kami...kami perlukan mereka dalam hidup kami...kami amat rindukan mereka...kami mahu berjumpa mereka...')
Tahanan reman, Azizul Raheem yang juga kakitangan Tourism Malaysia di Stockholm dan isterinya yang juga guru yang bercuti tanpa gaji, dilanjutkan kira-kira dua minggu lagi.
Pergerakan Wanita Umno hari ini meminta pejabat Peguam Negara meneliti prosedur untuk membawa pulang empat anak kepada pasangan suami isteri Malaysia di Sweden yang sedang ditahan polis di negara itu.
Ketuanya Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata jika tidak boleh dibawa pulang, pihaknya berharap agar kanak-kanak itu sekurang-kurangnya ditempatkan dengan keluarga Islam, memandangkan mereka tidak senang ditempatkan di rumah keluarga angkat berlainan agama.
"Wanita Umno ingin memohon agar Wisma Putra dan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan memantau kes ini agar ahli keluarga terutama anak pasangan tersebut tidak tersadai tanpa sebarang bantuan," katanya dalam satu kenyataan di sini.
Pegawai Tourism Malaysia di Stockholm Azizul Raheem Awalludin dan isterinya Shalwati Norshal, seorang guru yang bercuti tanpa gaji, ditahan pada 18 Dis lepas dan tahanan reman mereka dilanjutkan dua minggu lagi bagi siasatan memukul tangan salah seorang anak mereka yang tidak bersolat.
Anak sulung pasangan itu, Aisyah, 14, merayu supaya diletakkan dalam penjagaan keluarga Melayu Islam dari Malaysia, selain turut memuat naik status merindui ibu bapanya di laman Facebook miliknya.
Pasangan itu turut mempunyai tiga lagi anak lelaki berusia 7, 11 dan 12 tahun.
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date
Peguam Negara diminta bawa pulang anak pasangan Malaysia dari Sweden

Tags