FARIDAH (dari kiri) bersama Annie dan Elizawaty.
Elizawaty Junaidy kendong anak cari pelanggan
Wanita cekal ini pernah menggendong anaknya yang masih kecil menaiki bas awam dalam keadaan sarat mengandung, semata-mata untuk mencari pelanggan yang ingin membeli produk Avon.
Malah, semangat Elizawaty Junaidy, 40, yang berkobar-kobar untuk mencapai matlamat jualan masih belum pudar, sebaliknya semakin teguh tahun demi tahun demi meletakkan diri sebaris dengan golongan berjaya.
Sejak lapan tahun lalu, dia tidak menoleh ke belakang dan terus memburu kejayaan sehingga berjaya mengubah hidup daripada suri rumah biasa dan kini bergelar peniaga wanita yang memperoleh pendapatan tidak kurang lima angka setiap bulan.
“Saya begitu bersemangat untuk berjaya dan sanggup berusaha sebaik mungkin untuk mencapai sesuatu dalam hidup. Tidak ada istilah malas atau tidak ada masa.
“Biarpun anak-anak masih kecil, ia bukan penghalang untuk saya, malah saya membawa mereka sekali untuk bertemu pelanggan,” katanya yang menerima pengiktirafan sebagai Pemimpin Nombor Satu bagi kepimpinan jualan Avon pada majlis Anugerah Avon 2014, baru-baru ini.
“Biarpun anak-anak masih kecil, ia bukan penghalang untuk saya, malah saya membawa mereka sekali untuk bertemu pelanggan,” katanya yang menerima pengiktirafan sebagai Pemimpin Nombor Satu bagi kepimpinan jualan Avon pada majlis Anugerah Avon 2014, baru-baru ini.
Demi memastikan kejayaan berada dalam genggaman, wanita itu memberi motivasi kepada dirinya sendiri setiap hari dan memasang matlamat bagi memastikan yang dia berjaya merekrut ahli baru dan membuat jualan setiap hari.
Pada Disember tahun lalu, dia mencatat sejarah apabila berjaya membuat jumlah jualan RM2 juta, sekali gus melayakkannya menerima hadiah dalam bentuk komisen dan bonus RM25,000, hasil sokongan tidak berbelah bahagi daripada suami.
Menyingkap permulaan dalam bidang perniagaan, Elizawaty mengakui sememangnya suka melihat kejayaan orang lain dan tertarik dengan usaha keras mereka untuk berjaya.
Sifat mereka yang tidak mudah berputus asa dan terus berusaha secara konsisten memberi inspirasi kepadanya, lalu ibu lima anak ini turut mengorak langkah supaya kejayaan juga menjadi miliknya.
“Saya mula aktif menjual produk Avon apabila bertemu wakilnya untuk membeli pakaian dalam melangsingkan tubuh selepas berat badan saya meningkat mendadak sejurus melahirkan anak ketiga.
“Wakil berkenaan menyarankan saya menjadi ahli kerana boleh dapat diskaun dan insentif lain. Melihat tawaran yang diberikan, saya bersemangat untuk mencapainya,” katanya yang mempunyai 5,000 ahli di bawahnya.
Disebabkan tidak mempunyai wang yang cukup, dia membuat sedikit pinjaman untuk membeli produk dan menjualnya semula. Secara perlahan-lahan, keuntungan yang dikumpul terus membakar semangatnya untuk mengubah hidup.
Dia berpendapat, sifat tidak sesekali berputus asa dan rajin selain bijak menguruskan masa boleh membawa seseorang pergi jauh dalam kehidupannya, bukan hanya mengharapkan nasib berubah tanpa disertakan usaha keras.
“Jika berdepan cabaran, saya tidak akan berputus asa kerana bagi saya mengapa orang lain boleh berjaya sedangkan manusia ini semuanya sama saja. Justeru, ia terpulang kepada keinginan masing-masing sama ada mahu berjaya atau sebaliknya.
“Semangat dalam diri saya sendiri sungguh kuat sehinggakan suami juga kini membantu saya menjual produk. Saya bersyukur nasib saya dulu dan kini jauh berbeza,” katanya.
Jodoh bersama Avon
Bagi Annie Cheng Hwa Ping, 42, yang berasal dari Ranau, Sabah pula, kejatuhannya dalam bidang perniagaan pada zaman kemelesetan ekonomi pada lewat 1990-an menjadikan dirinya lebih tabah dan berwawasan dalam mengejar kejayaan.
Menerima pengiktirafan sebagai Pengarah Unit Terbaik Avon bagi peringkat seluruh negara, walaupun pernah jatuh dalam dunia perniagaan, dia dan suami bersifat optimis dan berusaha membangunkan semula perniagaan.
Selain memiliki dua restoran, kedai runcit dan kedai kasut, Annie juga tidak melepaskan peluang aktif sebagai wakil penjual Avon kerana tertarik menggunakan produk berkenaan.
Namun tanpa disangka-sangka wujud rasa semangat untuk mengejar insentif yang ditawarkan hingga dia berjaya membuat jumlah jualan RM500,000 pada tahun lalu biarpun bekerja seorang diri.
Namun tanpa disangka-sangka wujud rasa semangat untuk mengejar insentif yang ditawarkan hingga dia berjaya membuat jumlah jualan RM500,000 pada tahun lalu biarpun bekerja seorang diri.
“Ketika membesar ayah saya hanya kerja biasa dan ibu pula suri rumah. Hidup kami sederhana saja tetapi melihat kesungguhan ibu mencari pendapatan sendiri, seolah-olah memberi inspirasi kepada saya untuk turut berkerja keras.
“Saya juga bertuah kerana mendapat kerjasama daripada keluarga yang turut membantu menguruskan perniagaan. Kehidupan kami kini jauh lebih baik kerana saya bukan berasal daripada keluarga berada,” katanya.
Ibu empat anak ini juga berkata, dia pernah menjadi guru sandaran dan melakukan pelbagai kerja lain bagi menambah pendapatan antaranya dengan menjual insurans namun semuanya umpama tidak mampu bertahan lama.
‘Jodohnya’ kuat bersama Avon, kemungkinan besar kerana dia minat pada produk kecantikan dan hiasan diri.
Demi membangunkan semua perniagaannya, Annie dan suami pernah bekerja selama setahun pada 2002 tanpa cuti walaupun sehari biarpun pada Tahun Baru Cina.
Malah, semua impian untuk melancong dipendam kerana tidak mahu meninggalkan perniagaan sehingga dia didedahkan dengan Avon yang sering menawarkan insentif percutian.
“Bagi saya ia satu perniagaan yang mudah dan tidak ada tekanan. Setahun saja bergiat aktif, saya berjaya memenangi dua tiket ke Paris. Saya juga terharu apabila diberi pengiktirafan sebegini,” katanya.
Kumpul duit buka butik
Semangat sama dikongsi pemilik butik Manja Beauty Centre, Faridah Jamal, 52, yang berasal dari Masai, Johor, sehingga berjaya membuat jualan RM3 juta tahun lalu dan membawa pulang trofi Avon Puteri Nombor Satu Negara.
Kebijaksanaannya menganjurkan parti rumah dan sesi latihan untuk pembangunan wakil jualan tanpa bergantung kepada pengurus zon jelas membuktikan dirinya sebagai peniaga berdikari dan percaya kepada kemampuan diri sendiri.
Dia berjaya membuka butik Avon pada 1998 menerusi wang simpanan sendiri sebanyak RM150,000 yang dikumpulnya sejak mula berkahwin pada 1985, hasil duit poket bulanan diberikan suami serta keuntungan menjual kain.
“Saya berminat menjual produk Avon kerana sejak sekolah menengah saya sudah didedahkan dengannya apatah lagi ibu saya seorang pelanggan tetap. Saya minat pada semua barangannya menjadikan saya tidak kekok menjawab setiap pertanyaan pelanggan.
“Saya berminat menjual produk Avon kerana sejak sekolah menengah saya sudah didedahkan dengannya apatah lagi ibu saya seorang pelanggan tetap. Saya minat pada semua barangannya menjadikan saya tidak kekok menjawab setiap pertanyaan pelanggan.
“Malah, saya menganggap pelanggan yang cerewet sebagai cabaran dan mematangkan lagi diri saya untuk berjaya. Cara saya gunakan untuk mencatat jualan tinggi adalah dengan menggalakkan wanita menjadi ahli supaya mereka dapat membeli dengan harga diskaun dan pada masa sama berpeluang merebut insentif yang ditawarkan,” katanya.
Kejayaannya turut dijejaki anak perempuannya, Hana Zakaria, 26, yang kini bertindak sebagai pengurus di butik Avon miliknya.
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date
INFO :Pemenang Anugerah AVON Malaysia:* Pemimpin Jualan : Lau Kong Ung* Ahli Golden Circle No 1 Negara : Annie Cheng Hwa* Kategori francais : - Tempat pertama : Avon Puteri Seberang Jaya, Alice Teang Sew Fong- Tempat kedua : Unit Director Kangar, Puan Kam Poh Yen; Eksekutif Kanan Pemimpin Jualan, Rawang, Nora Hashim dan Avon Puteri Kangar, Azmah Abbas. - Tempat ketiga : Pengarah Unit Kemaman, Zainun Tahir; Eksekutif Kanan Pemimpin Jualan, Elizawaty Junaidi dan Avon Puteri Masai Johor, Faridah Jamal.
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.